Wednesday, September 23, 2009

Bahan utama dalam membuat kuih..

Coklat

Coklat dibuat daripada biji buah koko (cacao) yang berasal dari Amerika Selatan , tetap kini ia banyak terdapat di Brazil , Afrika Barat dan beberapa negeri Asia . Manakala koko yang bermutu tinggi dipercayai berasal dari Afrika Barat .Cara Penghasilan Coklat merupakan proses yang rumit .


Gula
Memainkan banyak peranan penting dalam masakan . Selain digunakn untuk menyedapakn rasa , melembutkan warna dan tekstur , ia juga dijadikan sebagai bahan pengawet dan penapaian (fermentation ) . Ia mewarnakan kuning keemasan pada kek dan biskut .

Jenis-jenis gula :
Gula halus
Gula halus yang berderai . Walupun harganya lebih mahal dari gula pasir namun ia member kek dan biskut tekstur yang lebih halus .

Gula pasir
Gula yang paling banyak digunakan . Ia berwarna putih dan berderai . Di dalam kek , ia menghasilkan tekstur yang lebih keras berbanding gula halus .

Gula aising
Serbuk ynag sangat halus ia dibuat denagn mengisar gula dan kabium phosphate , sejenis agen anti-beku . digunakan untuk membuat aising .Ia memberikan tekstur yang sangat lembut . Sebelum digunakan ia harus diayak .

Gula perang lembut
Gula perang yang lembap dan berbutir halus digunakan dalam adunan berkerim atau kuih muih yang berempah .

Gula gelap muscovado
Gula perang lembut dengan kandunagan molesses yang sangat tinggi untuk kek penuh kemak seperti kek buah , kulit kayu manis dan rempah ratus.

Air Katira

Masa bulan Ramadan itu hari adik-adik semua suka sangat minum air katira..sampai rasa nak buat..cari- cari resepi air katira tapi tak jumpa2..tapi Alhamdulillah found it kat website Bro Rozzan..Alhamdulillah dah cuba sedap..

AIR KATHIRA
BAHAN-BAHANNYA:
Disediakan lebih awal:
Sirap:
Didihkan 2 cawan gula dalam 3 cawan air.
Masukkan 1 helai daun pandan, hingga larut gulanya.
1 cbsr kathira - direndam semalaman, buangkan kekotoran dan ditapis.Dibilas dengan air masak, ditapis lagi.
10 butir kembang semangkuk - direndam semalaman buangkan biji dan kulit.Ditapis, bilas dengan air masak dan ditapis lagi.
1 sudu besar rata biji selasih - direndam dalam air masak hingga ia mengembang, kemudian ditapis lagi.1
tin susu cair (sejat)- 'evaporated milk' - (410 g)
1 cawan sirap
6 cawan air
1 sudu teh air mawar

CARA MEMBUATNYA:
Dalam sebuah mangkuk besar, masukkan katira, kamang semangkuk dan biji selasih. Tuangkan sirap, air susu dan air mawar. Dikacau rata. Masukkanketulan air batu atau air batu yang dihancurkan dan dihidangkan.

Selamat mencuba.

Thursday, September 3, 2009

Rancangan Memasak Chef Wan..

Last Tuesday tengok rancangan memasak Chef Wan kat Suria..tengah cuti kan ..so ada chance. Chef Wan kongsi resepi Cookies $250 ..rasanya ramai yang sudah tahu kan..Cuma nak kongsi sikit petua yang beliau kasi..
· unsalted butter juga dikenali sebagai sweet butter .
· salted butter dikenali sebagai table butter
...

Sunday, August 16, 2009

Haram E additives

Processed foods contain food additives, regulated by the alphabet ‘E’, such as emulsifiers, raising agents, preservatives, colouring and gelling agents. At time of compilation, all other ‘E’ number additives are halal except for these:

‘E’ Number


Description

E120


Cochineal - derived from the cochineal beetle

E160a


Alpha-, Beta-, Gamma- Carotene – haram if gelatine is added to it

E471


Mono and Di-Glycerides of fatty acids – when Glycerol is used, one has to find out the source whether animal or synthetic

E472 (a-e)


Lactic acid esters of Mono- and D-Glycerides of fatty acids, prepared from esters of Glycerol

E473


Sucrose esters of fatty acids prepared from Glycerol and Sucrose

E474


Sycroglycerides prepared by reaction of Sucrose on natural Triglycerides, derived from palm oil, lard, etc

E475


Polyglycerol esters of fatty acids, prepared in the labrotary

E476


Polyglycerol esters of polycondensed fatty acids of castor oil, prepared from castor oil and Glycerol esters

E477


Propylene Glycol of fatty acids

E478


Prepared from esters of glycerol and lactic acid

E570


Stearic Acid, naturally occurring fatty acid found in animal fats and vegetable oils, used as anticaking agent

E572


Prepared synthetically from commercial stearic acid

E631


Prepared from insect, meat and fish extract

E635


Same source as E631

E640


-

E920


Naturally occurring amino acid manufactured from animal hair and chicken feathers

Sunday, July 26, 2009

Resepi Ringkas Dan Lazat

Siri 5 : MASAKAN KEGEMARAN RAMAI .


Resepi hasil sumbangan Kakak Sedara saya ; Siti Khadijah Binti Ismail .
Terima kasih , kak Siti *winks*.


1) NASI AYAM

Bahan untuk Nasi
1 kilo beras
1/2 cawan halia yang telah dikisar
1/2 cawan bawang putih yang telah dikisar
3 helai daun pandan
1/2 sudu makan garam
air paras sukatan beras
minyak untuk menumis

Bahan untuk Sos
15 batang lada merah
5 ulas bawang putih
1 ibu jari halia
15 biji limau kasturi, ambil jusnya
3/4 cawan air masak
1 sudu teh garam
1/2 cawan gula

Bahan untuk Ayam Goreng Madu
1 ekor ayam
3 sudu besar madu
4 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap
1 sudu besar minyak bijan
air untuk rebus secukupnya
minyak untuk menumis

Untuk dikisar
1 ibu jari hali
1 bawang besar
2 ulas bawang putih

Bahan untuk Ayam Goreng Ketumbar
1 ekor ayam, dipotong kecil
2 sudu makan pes halia
2 sudu makan pes bawang putih
2 sudu makan serbuk ketumbar
1/2 sudu makan serbuk jintan halus
kunyit serbuk secukupnya
garam secukup rasa

Bahan untuk Ayam Rebus Style Hainan
1 ekor ayam
sedikit garam
air secukupnya untuk merebus ayam


Cara Menyediakan

Cara untuk membuat Nasi Ayam
Panaskan minyak dalam periuk nasi. Kemudian masukkan daun pandan, halia dan bawang putih yang telah dikisar. Tumis sehinnga naik bau, masukkan garam dan air (sukat air mengikut paras beras) dan gaul rata. Masukkan beras dan gaul rata. Kemudian tutup periuk nasi dan biarkan ia masak. Dalam resipi ini nasi ayam tidak mengunakan air rebusan ayam ataupun serbuk sup tapi Insyallah nasi akan berbau harum dan warnanya kuning-kekuningan. Tapi kalau nak guna air rebusan ayam pun boleh.

Cara untuk membuat Sos
Kisar bawang putih, halia dan lada merah bersama jus limau kasturi, garam dan gula. Kemudian masukkan air masak. Kisar lagi. Rasa sekiranya ada kurang tambah garam, gula mengikut citarasa dan boleh dihidangkan bersama nasi ayam.

Cara untuk Ayam Goreng Madu
Bersihkan ayam dan jangan dipotong biarkan ia seekor. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau. Kemudian tuangkan air, dan biarkan ia mendidih. Kemudian masukkan ayam dan direbus hingga ia masak. Kalau nak tahu ayam sudah masak atau belum cucuk pehanya dan sekiranya tidak ada darah angkat ayam dan toskan airnya. Campurkan madu, sos tiram, kicap dan minyak bijan. Sapukan rata pada ayam yang telah direbus itu. Perap untuk 1 - 2 jam. Panaskan minyak secukupnya untuk goreng ayam, minyak mestilah banyak. Goreng ayam hingga kulitnya garing. Jangan goreng ayam terlalu lama sekadar untuk garingkan kulitnya. Angkat dan toskan minyaknya. Itulah rahsia ayam yang isinya lembut didalam dan mendapat kulit yang garing.

Cara untuk Ayam Goreng Ketumbar
Gaul kesemua bahan-bahan diatas dan goreng ayam sehingg garing. Jika ingin ayam goreng yang bersalut tepung garing macam KFC gitu. Selepas gaul rata bahan-bahan diatas boleh taburkan tepung beras secukupnya untuk menyalut ayam dan kemudian digoreng sehingga garing.

Cara untuk Ayam Rebus Hainan
Bersihkan ayam dan dibasuh dengan air garam, jangan dipotong biarkan ia seekor. Kemudian gantung ayam untuk dikeringkan seketika. Masak air dalam periuk besar (air mesti cukup untuk tenggelamkan ayam) sehingga ia mendidih. Masukkan ayam dan kecilkan api dan rebus ayam untuk 40 minit. Cucuk peha ayam untuk tahu jika sudah masak. Ayam tidak boleh direbus terlalu lama takut dagingnya tidak sedap so pandai-pandai untuk agak. Jika tidak berdarah lagi boleh angkat ayam dan gantung untuk toskan airnya. Biarkan ayam betul-betul sejuk baru dipotong kalau tidak takut dagingnya hancur. Potong ayam macam jual kat kedai. Tuangkan sedikit kicap cair dan minyak bijan atas ayam dan hidangkan bersama nasi ayam.

SUP (untuk Nasi Ayam)

Cara-caranya
Gunakan air rebusan ayam untuk Ayam Goreng Madu ataupun Ayam Rebus Style Hainan. Tambah garam dan serbuk perasa secukup rasa. Taburkan daun sup dan bawang goreng. Fuhhh terantuk. Itulah supnya.

SAYUR CHAP CHAI

Bahan-bahannya
1 ikat sayur sawi, dipotong selebar 3 inci
2 paket jagung muda, dibelah 2
1 biji kobis yang kecil, dipotong selebar 2 inci
6 ekor udang
1 biji bawang besar, dihiris
3 ulas bawang putih, dicincang
4 sudu besar sos tiram
1/2 cawan air
sedikit bancuhan tepung jagung
sedikit minyak untuk menumis

Cara-caranya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan pula bawang besar dan udang.
2. Bila udang telah masak, masukkan sos tiram dan juga air.
3. Masukkan pula kobis dan jagung muda. Gaul rata. Bila telah setengah masak masukkan sawi. Gaul hingga sebati.
4. Masukkan pula bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuahnya.
5. Sedia untuk dihidang.



2) SUP AYAM PASTA PENNE OR MACARONI SOUP

Bahan-bahannya
1 paket (250 gram) pasta penne atau macaroni
4 keping isi dada ayam potong dadu / guna ayam potong kecil
1 batang karot, dibersihkan dan dipotong ikut suka
3 biji kentang, dikupas kulitnya dan dipotong ikut suka
2 liter air
1 batang kayu manis
3 kelopak bunga lawang
3 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
3 tangkai daun sup, dibersihkan dan dipotong sepanjang 2 inci
Sedikit bawang goreng - if ada
Garam secukup rasa
Minyak

Bahan untuk dikisar
3 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup - serbuk kunyit pun boleh
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan halus

Bahan untuk Sambal Kicap
5 batang lada merah
10 tangkai cili padi thailand
1 ulas bawang putih
5 sudu makan kicap

Cara-caranya
1. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga. Masukkan juga bahan yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau dan rempahnya masak.
2. Masukkan air, isi dada ayam, lobak dan kentang. Biarkan kuahnya mendidih dan pastikan kentang dan lobak empuk.
3. Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya. Kemudian masukkan daun sup dan sedikit bawang goreng. Padamkan api. Kuah telah pun siap dimasak.

3)DAGING BISTIK
Enak dimakan dengan roti ataupun nasi bersama mata lembu

Bahan-bahannya
1/2 kg daging batang pinang, dihiris nipis
3 biji kentang, dipotong wedges
2 batang karot, dipotong ikut suka
2 biji tomato, dipotong empat
3 sudu makan rempah kari daging
3/4 cawan sos tomato
3/4 cawan kicap
4 cawan air
sedikit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan untuk dikisar
2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia
5 batang lada merah
10 batang cili

Cara-caranya
1. Panaskan minyak, kentang yang telah dipotong wedges dan karot digoreng setengah masak, angkat, toskan. Ketepikan.
2. Panaskan minyak, masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang. Kemudian masukkan rempah yang telah dikisar dan tumis sehingga naik bau. Masukkan pula rempah kari dagiing kacau hingga sebati dan tuang sedikit air. Biar ia mendidih sekejap.
3. Masukkan sos tomato, garam, serbuk perasa dan juga kicap. Gaul rata. Masukkan pula air dan daging yang telah dihiris nipis. Gaul rata dan biarkan ia reneh (simmer) pada api yang sederhana selama 10 minit.
4. Bila daging telah setengah masak, masukkan pula kentang dan karot yang telah digoreng tadi. Biarkan ia reneh lagi selama 10 - 15 minit sehingga semua kuah dan bahan-bahan sebati. Kalau airnya kurang boleh tambah sedikit.
5. Rasakan kuahnya jika kurang perasa, tambah apa yang patut. Masukkan tomato dan tutup api. Biarkan sebentar dan sedia untuk dihidang.

Resepi Ringkas Dan Lazat

Siri 4 : Aneka Masakan Bergoreng.

Resepi hasil sumbangan Kakak Sedara saya ; Siti Khadijah Binti Ismail .
Terima kasih , kak Siti *winks*.

1)KACANG PANJANG GORENG BERTELUR

Bahan-bahannya
1 ikat kacang panjang (dipotong kecil/1 cm)
1 biji telur ayam
5 ulas bawang merah (dihiris) atau bawang besar
1 ulas bawang putih (dihiris)
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara-caranya
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang merah sampai naik bau. Kemudian, masukkan kacang panjang dan gaul sebentar. Masukkan telur dan gaul rata. Akhir sekali barulah dimasukkan garam secukup rasa.


2)TERUNG BERLADA

Bahan-bahannya
2 batang terung, dipotong 3 dan dibelah dua
gula secukup rasa
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan untuk dikisar
1/3 cawan udang kering, direndam
4 batang cili merah
8 biji cili padi thailand
2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
2 cm belacan
2 sudu besar cuka - jus lemon pun boleh

Cara-caranya
1. Terung disalai / bakar (goreng tanpa minyak) atas kuali sehingga lembut.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan bahan perasa {gula & garam}. Sambalnya kena rasa pedas, masin, masam dan sedikit manis.
4. Bila rempah sudah pecah minyak, masukkan terung yang telah disalai dan gaul rata. Sedia untuk dihidang.


3)SPAGHETTI GORENG

Bahan-bahannya
1 paket spaghetti
1 ikat sayur sawi, dibersihkan dan potong ikut suka {any sayur yg suka}
100 gram daging, dipotong nipis {nk letak ayam potong dadu je pun boleh} - adjust2 kit sesuai dgn kehidupan diperantauan
80 gram udang, dibersihkan
80 gram sotong, dipotong bulat
3 biji telur
4 sudu makan tomato sos
2 sudu makan kicap
bawang goreng secukupnya - takde pun takpe
garam secukup rasa
gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan untuk dikisar
15 tangkai lada kering, direndam dan bersihkan
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih

Cara-caranya
1. Spaghetti direbus mengikut peraturan dipeknya. Angkat dan toskan. Telur digoreng pecah-pecah. Kemudian angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan daging, sotong dan masak sebentar.
3. Bila daging dan sotong telah empuk, masukkan udang, tomato sos, kicap, garam, serbuk perasa dan gula. Gaul sehingga sebati.
4. Masukkan sayur sawi dan secukup bawang goreng. Masukkan juga telur yang telah digoreng tadi. Gaul rata.
5. Akhir sekali masukkan spaghetti dan gaul kesemua bahan-bahan sehingga ia sebati. Angkat dan hidangkan.


4 )BEE HOON GORENG

Bahan-bahannya
1 bungkus bee hoon
1 batang lobak merah, dihiris halus
1 ikat sawi, dibersihkan
200 gram daging cincang
12 ekor udang, dibersihkan
3 biji telur
½ cawan air
Bawang goreng secukupnya - takde takpe
Garam secukup rasa
Minyak

Bahan untuk dikisar
3 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
½ cawan udang kering, dicuci bersih
1 sudu teh serbuk lada putih

Cara-caranya
1. Bee hoon dicelur dalam air panas sekejap. Angkat dan toskan. Telur digoreng pecah-pecah. Angkat dan ketepikan
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau {tumis betul2 tau hingga garing and naik bau. tapi jgn sampai hangus} Masukkan daging cincang, lobak dan air. Kacau rata.
3. Bila daging telah masak, masukkan udang, garam, serbuk perasa dan sayur sawi. Gaul sebati.
4. Masukkan bawang goreng secukupnya, telur dan bee hoon. Gaul kesemua bahan-bahan sehingga ia sebati.


5)MACARONI GORENG
Bahan-bahannya
1 paket (500 gram) macaroni
12 ekor udang, dibersihkan
150 gram daging cincang
4 biji telur, digoreng pecah-pecah
1 ikat sawi, dipotong selebar 2 inci - any sayur boleh
2 sudu besar kicap
2 sudu besar sos tomato
¼ cawan bawang goreng
garam secukupnya
gula secukupnya
minyak untuk menumis

Bahan untuk dikisar
15 tangkai cili kering, direndam dengan air panas
3 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 ½ sudu teh serbuk jintan halus

Cara-caranya
1. Rebus macaroni seperti biasa. Toskan
2. Panaskan secukup minyak didalam kuali. Tumis bahan yang telah dikisar sehingga ia naik bau. Masukkan kicap, sos tomato, garam, gula dan serbuk perasa.
3. Masukkan daging cincang dan bila daging telah bertukar warna. Masukkan pula udang. Masak sehingga udang bertukar warna.
4. Masukkan sawi dan telur yang telah disediakan tadi. Gaul rata.
5. Masukkan pula macaroni yang telah direbus. Gaul sehingga rempah dan macaroni rata.
6. Taburkan bawang goreng (if adalah) dan gaul sehingga ia sebati. Sedia untuk dihidang.


6 )MEE KICAP

Bahan-bahannya
1 paket bee hoon, dicelur dengan air panas
4 biji telur, digoreng scrambled
12 ekor udang, dibersihkan - can ganti dgn anything u like
½ cawan sos tomato
½ cawan kicap
garam secukupnya
gula secukup rasa
minyak
bawang goreng, jika ada

Bahan untuk dikisar
15 tangkai lada kering, direndam dalam air panas
2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
¼ cawan udang kering, direndam dan dibersihkan

Cara-caranya
1. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan sos tomato dan kicap bersama, garam, gula dan serbuk perasa. Rempahnya hendaklah anda masak sehingga ia pecah minyak.
2. Masukkan udang dan bila ia telah masak, masukkan pula telur yang telah digoreng dan diketepikan tadi. Gaul rata.
3. Akhir sekali anda boleh masukkan bee hoon dan gaul rata rempah dan bahan-bahan yang lain sehingga warnanya serata.
4. Boleh dihidangkan dengan ayam goreng yummmmmy!

Resepi Ringkas Dan Lazat

Siri 3 : MASAKAN LAUT ( SEAFOOD )
Resepi hasil sumbangan ; Siti Khadijah Binti Ismail .
Terima kasih , kak Siti *winks*.

1) UDANG MASAK LEMAK CILI PADI

Bahan-bahannya
1 kg udang hidup { boleh guna ikan atau ayam}
1 batang serai, dititik
4 cawan santan pekat {boleh diganti dengan susu cair}
½ cawan air
½ biji nenas, dibelah dua dan potong mengikut selera anda {optional}
1 helai daun kunyit (setengah disiat dua untuk digunakan sewaktu menumis dan setengah dimasukkan bersama bahan lain untuk kisar)
1 sudu teh gula
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan untuk dikisar
25 – 30 tangkai cili padi
2 biji bawang besar
1 ½ inci kunyit hidup - blh guna serbuk kunyit
1 ulas bawang puith
daun kunyit yang diketepikan untuk dikisar

Cara-caranya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
2. Masukkan setengah daun kunyit yang telah disiat bersama nenas dan ½ cawan air.
3. Masukkan juga gula, garam dan serbuk perasa dan gaul rata.
4. Bila nenas telah masak, masukkan santan pekat dan udang.
5. Bila kuah telah mendidih dan udang telah pun masak, padamkan api dan sedia untuk dihidangkan.


2) SOTONG PEDAS

Bahan-bahannya :
10 ekor sotong sederhana besar – buang kulit dan dakwat

Bahan untuk dikisar:
6 biji bwg merah ( Ataupun bawang besar 1 biji )
3 biji bawang putih
Belacan dibakar
6 biji cili kering
2 biji cili merah

2 biji bwg besar – dihiris bulat
½ cwn air asam jawa
½ cwn santan pekat

Cara-caranya :
1.Tumis bahan yg dikisar , kemudian dikacau selama 3 minit sehingga bau wangi.
2.Masukkan sotong dan kacau sehingga sebati .
3.Kemudian masukkan santan pekat, air asam jawa, garam dan gula.


3) PINDANG SERANI

Bahan-bahannya
5 keping ikan tenggiri/ ikan cermin/ ikan sagar or any ikan yg ada
7 batang cili padi, dibelah 2
5 biji bawang kecil, dihiris - bawang besar pun boleh hiris
2 ulas bawang putih, dihiris
1 inci halia, dihiris
1 batang serai, dititik
2 sudu makan serbuk kunyit
4 asam keping, dicuci bersih
1 biji tomato, dibelah empat

Garam secukup rasa
Minyak
Air secukupnya
Bawang goreng, jika suka

Cara-caranya
1. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai, cili padi, bawang kecil, bawang putih dan halia yang telah dihiris dan tumis sekejap je. Masukkan pula serbuk kunyit dan gaul rata. Kemudian masukkan air sebanyak mana kuah yang anda inginkan.
2. Masukkan pula garam, serbuk perasa jika suka, ikan dan juga asam keping dan masak sehingga ia mendidih.
3. Akhir sekali masukkan tomato, biarkan ia seketika sehingga layu. Taburkan bawang goreng dan kacau rata kuahnya. Padamkan api dan sedia untuk dihidang.

Resepi Ringkas Dan Lazat

Siri 2 : MASAKAN DAGING

Resepi hasil sumbangan ; Siti Khadijah Binti Ismail .
Terima kasih , kak Siti *winks*.


1)DAGING MASAK KETUMBAR JINTAN

Bahan-bahannya
1 kg daging dipotong nipis
1/2 cawan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan halus / cunmin seed
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan air
1/2 cawan gula hitam { ataupun gula kasar 1 cawan )
1/2 cawan gula pasir
garam secukup rasa
1/2 cawan minyak

Bahan untuk dikisar
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci kunyit hidup boleh ganti dengan serbuk kunyit
5 batang serai
1 inci lengkuas

Cara-caranya
1. Masukkan daging dalam periuk.
2. Masukkan bahan yang telah dikisar, minyak, serbuk ketumbar, serbuk jintan halus, air asam, air, gula, garam dan serbuk perasa jika suka.
3. Gaul rata dan masak daging dengan api sederhana sehingga kering.


2) DAGING MASAK MERAH

Bahan-bahannya
300 gm daging lembu
2 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (dititik atau cincang)
125 gm sos tomato
4 sudu besar cili kering kisar
Sedikit kicap cair
Garam secukup rasa
Sedikit air
Minyak untuk menumis

Cara-caranya
Rebus daging dengan ditambah sedikit pewarna merah {optional} sehingga empuk. Potong daging ikut suka. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik baunya. Masukkan cili kering. Tumis sehingga pecah minyak. Masukkan sos tomato & daging yang telah dipotong tadi bersama sedikit air. Tambahkan sedikit garam & kicap cair. Masak sehingga kuah agak kering barulah dimasukkan pula hirisan bawang besar. Kacau seketika & angkat.

3) BLACK PEPPER BEEF
Resepi yang ringkas .

Bahan-bahannya
1/2kilo daging - rebus hingga empuk
1 biji bawang besar - hiris
3 ulas bawang putih } tumbuk / blend lumat
1/2inci halia } tumbuk / blend lumat
1sudu teh lada hitam tumbuk kasar (masuk lepas tumbuk bahan atas) if mkn serbuk lada hitam pon blh
3biji kentang potong wedges and goreng
1 btg kayu manis
3 bunga cengkih
1 biji pelaga
2 - 3 sudu sos tomato
2 cwn kicap ( banyak ikut pada suka)
1 cwn air rebusan daging ( banyak ikut pada suka)

Cara-caranya
1. Tumis bahan tumis (Jgn tunggu minyak panas sangat). Masuk bawang, layu masuk bahan tumbuk, dan tumis sehingga wangi.
2. Masuk air rebusan daging, daging, kicap, sos tomato dan perasakan dengan garam jika perlu.
3. Biarkan agak pekat, masuk kentang. Angkat dan sedia untuk dihidang.


4 )DAGING MASAK HALIA

Bahan-bahannya
350 gram daging lembu, direbus dan dihiris nipis
1/2 buku halia saiz sederhana
1/4 bawang besar
2 biji bawang putih
2 biji lada benggala hijau (capsicum), dihiris panjang
2 sudu besar sos tiram
sedikit garam

Cara-caranya
1. Mula-mala kisar halia, bawang besar dan bawang putih hingga hancur.
2. Kemudian tumis hingga naik bau, masukkan sos tiram dan dan daging, jika terlampau kering masukkan sedikit air, setelah kuah agak pekat baru masukkan lada benggala hijau.
3. Sesuaikan rasa dan angkat, diingatkan jangan biarkan cili hijau terlampau lama, agak-agak dah layu terus tutup api. Sedia untuk dihidangkan.


5)DAGING MASAK SAMBAL BALI
Boleh dimakan dgn nasi ataupun roti dgn mata lembu

Bahan-bahannya
½ kg daging, dipotong tipis
½ cawan bawang goreng
¼ cawan kicap
½ cawan air
3 sudu makan cuka
Garam secukupnya
Gula secukupnya
Minyak

Bahan untuk dikisar
20 tangkai lada kering, dibersihkan dan direndam dalam air panas
2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara-caranya
1. Panaskan minyak dalam kuali, dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
2. Bila rempah telah masak dan garing, masukkan air, kicap, cuka, garam, gula dan serbuk perasa. Masukkan daging dan renIh (simmer) sehingga dagingnya masak.
3. Rasakan rempahnya, mesti ada rasa pedas, masam dan manis. Masukkan pula bawang goreng dan gaul rata. Siap untuk dihidang. simple kan?

Resepi Ringkas Dan Lazat

Siri 1 : MASAKAN AYAM

Resepi hasil sumbangan Kakak Sedara saya ; Siti Khadijah Binti Ismail .
Terima kasih , kak Siti *winks*.

1) AYAM MASAK PAPRIK

Bahan-bahannya
½ ekor ayam, dipotong kecil ( Boleh ditukar kepada daging atau makanan laut )
2 ulas bawang putih dicincang halus
1 biji bawang besar dihiris
2 batang serai dititik
2 biji buah tomato dipotong empat
5 biji cili padi ditumbuk atau dikisar ( Kalau ingin lebih pedas boleh tambah lebih )
2 biji limau kasturi diambil jusnya limau nipis atau buah lemon
5 helai daun limau purut disiat-siat
7 sudu makan sos cili
6 sudu makan sos tomato
4 sudu makan sos tiram (Oyster sauce)
3 sudu makan kicap manis

bunga kobis
kacang buncis/panjang
karot
jagung muda
minyak secukupnya
air secukupnya
garam secukup rasa
gula secukup rasa

Cara-caranya
1. Panaskan minyak dalam kuali tumis bawang besar, bawang putih dan cili padi yang telah ditumbuk, kacau sekejap kemudian masukkan ayam.
2. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis. Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air .
3. Masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran. Bila mendidih , masukkan buah tomato.
5. Semasa menghidang, perahkan jus limau kasturi. Nikmatilah kelazatannya .


2) AYAM GORENG

Bahan-bahannya
1 kilo kepak ayam dibersihkan dan ditoskan
2 sudu makan pes halia
2 sudu makan pes bawang putih
2 sudu makan serbuk ketumbar
1/2 sudu makan serbuk jintan halus
kunyit serbuk secukupnya
garam secukup rasa
Tepung beras secukupnya

Cara-caranya
1. Gaul kesemua bahan-bahan diatas kecuali tepung beras dan perap ayam selama 15 minit – 30 minit .
2. Kemudian salut ayam dengan tepung beras dan goreng menggunakan minyak yang panas sehingga ayam kekuningan dan garing. Angkat dan hidangkan sewaktu ia panas.



3) AYAM LEMAK BEREMPAH

Bahan-bahannya:
500 gm ayam - size potong ikut suka
1 sudu serbuk lada hitam
600 ml santan
Minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan kisar:
10 biji cili padi
2 tangkai serai
2 biji lada merah
1 biji lada hijau
1 biji bawang besar
1.5 cm halia
Sedikit gula merah atau gula biasa

Cara-caranya:
1. Goreng ayam separuh masak dan angkat.
2. Dengan 3 sudu besar minyak, tumis bahan-bahan yang telah dikisar bersama lada hitam sehingga naik bau.
3. Masukkan santan dan sedikit garam. Kacau hingga sebati.
4. Kemudian masukkan ayam dan biarkan ia mendidih , kemudian renihkan atas api perlahan hingga ayam masak.
5. Tunggu sehingga pekat sedikit , tetapi kalau ingin cair, cukup sekadar kuahnya mendidih dan kemudian bolehlah dipadamkan apinya .

4) AYAM MASAK MERAH

Bahan-bahannya
2 ekor ayam, dibersihkan potong ikut suka -
4 sudu makan tomato puri ataupun ¾ cawan sos tomato
air secukupnya
secukupnya bawang goreng
garam secukup rasa
gula secukup rasa
minyak

Bahan untuk dikisar
30 tangkai lada kering, direndam dengan air panas
4 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara-caranya
1. Panaskan minyak dalam kuali. Ayam digaul dengan serbuk kunyit dan garam. Kemudian digoreng ayamnya setengah masak. Angkat dan ketepikan.
2. Minyak yang digunakan untuk goreng ayam boleh gunakan untuk menumis, jika tak suka gunakan minyak baru pun boleh. Tumis rempah yang telah dikisar. Tumis sehingga baunya bangkit dan rempahnya masak betul. Masukkan juga tomato puri/ sos tomato.
3. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa dan juga sedikit air dalam 2 cawan gitu dan simmer rempahnya. Bila rempah dah mula nak mendidih. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan biar ia simmer dalam 10 minit agar rempahnya menyerap kedalam ayam. Rasakan kuahnya harus ada rasa pedas, masam, manis dan masin. Jika ada perasa yang kurang ditambah dan gaul rata .
4. Taburkan secukup bawang goreng. Gaul rata dan sedia untuk dihidangkan. Boleh taburkan dengan kacang peas/ badam goreng/ gajus goreng bila dihidangkan.

5)KUNG PAO CHICKEN

Bahan A
600 gm isi ayam - potong dadu
tepung jagung
garam

Isi ayam disalutkan sedikit garam dan tepung jagung - then goreng dan toskan.

Bahan B
100 gm kacang gajus - goreng dan toskan minyak
30 gm lada kering - pilih yg lebar2 (if ada yg kurus pun takpe) dan potong dlm 1 - 1.5 inchi panjang
2 biji bawang besar (kuning) - potong dadu besar2
4 ulas bawang putih - ditumbuk / blend halus
2 inci halia - ditumbuk / blend halus
1 biji lada bangala hijau (capsicum) - potong lebar2 sediikit
3 sdm sos tiram
2 sdm cili sos
1/4 cwn air
minyak
garam - kalau perlu

Cara-caranya
Panaskan sedikit minyak dlm kuali. Goreng lada kering hingga garing dan ketepikan. Tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan bawang besar. Masukkan lada bangala, isi ayam dan sos tiram dan cili sos dan sedikit air. Biakan kering masukkan kacang gajus, kacau dan matikan api. Sedia untuk dihidang.


6 ) AYAM KICAP MASAK STYLE CINA ( Kak Siti belajar dengan Mak Long :) )

Bahan-bahanya :
ayam - potong ikut suka
halia - kisar (ikut suka berapa banyak )
serbuk lada putih (ikut suka berapa pedas )
kicap manis
garam jika perlu

Caranya :
Masukkan ayam dalam kuali atau periuk, kemudian masukkan halia serbuk lada putih and kicap. Gaul rata ,biarkan perap sebentar. Kemudian nyalakan api sederhana besar masak hingga ayamnya dah masa.Jika perlu letak garam. Lauknya kering tetapi jika ingin berkuah boleh tambah air.

Monday, July 13, 2009

Puding Roti Kayu Manis


Salam..setelah sekian lama tak update blog..maalish ye..mungkin masa tue masih jet lag..tapi Alhamdulillah saya dah mula kembali..resepi kali nie Puding Roti Kayu Manis.

Bahan-bahan yang diperlukan :
600 ml susu segar
300 ml whipped krim
100 gm mentega tanpa garam
6 ml esen vanila
120 gm gula
5 biji telur


sedikit serbuk Cinnamon (kayu manis)
6 keping roti yang dicelup dengan susu - dipotong empat
(Boleh digunakan campuran susu manis dan air suam )

Caranya :
1.Pukul gula dan telur . Diketepikan .
2.Panaskan atas api , susu , krim , mentega serta esen vanilla . Apabila mendidih tutup api .
3.Masukkan campuran telur dan gula dalam campuran susu tersebut dan dikacau .
4.Susun roti yang yang telah dicelup dengan susu ke dalam loyang kemudian tuang campuran susu ke atasnya .
5.Akhir sekali taburkan serbuk kayu manis ke atasnya.
6. Loyang tadi diletakkan ke dalam bekas yang lebih besar dan diisi dengan air untuk teknik "Double Boil " .


Nota :
Apabila sudah hampir selesai oven dipanaskan dengan kepanasan 140 degree celsius dan seterusnya dibakar selama lebih kurang 60 minit.
Roti tadi jangan dicelup dengan lama , ketika hendak disusun di dalam loyang baru dicelupkan sebentar , untuk mengelakkan puding berair.
Selamat mencuba .

Sunday, June 14, 2009

Ayam Masak Merah Mat Kassim

Bahan-bahannya :

Dikisar -

cili dengan bawang

Sedikit Halia

Sedikit Kunyit

kicap

Gula

Garam

Daun limau

Daun kari


Cara-caranya :

1. Tumis cili dan bawang yang dikisar tadi .

2.Kemudian masukkan halia dan kunyit .

3. Masukkan kicap , gula dan garam .

4. Akhir sekali masukkan daun limau purut serta daun kari .

5. Ayam digoreng dimasukkan . Jerang sebentar .

6.Rasalah ayam masak merah mat kassim.

* Resepi ini saya perolehi dari seorang teman..*..terima kasih.

Thursday, June 11, 2009

My Cooking Wishlists..

Hmm ..InsyaAllah lepas imtihan nie semua org mesti ada list thing to do ,mcm wishlist gitu kan..same goes with me..antaranya my list of baking and cooking ..selain itu ada list lain but rasanya tak appropriate nak letak kat sini..

Ok here goes my Wishlist for Baking :

Chocolate Eclairs

Oreo Cheese cake

Dunkin donuts

Hashbrowns McDonalds

Cinnabons Rolls

Apple pies

kuih keswi ( tried before! )

kuih ros



Antara Bread and cakes i tried before experimenting with is :

Fruit tartlets

Assortments of Sweet Buns

Croissant

Chocolate sponge cake

Mexican Bread a.k.a coffee bread or Rotiboy or Papaboy

Meringues

Icecream cake

Chocolate brownies

Lamingtons

..And many more


Actually this list is not limited tapi kira yang significant buat diri yang sedang bertatih memasak ..

Ayam Masak Paprik

Baru-baru ini saya dapat penyumbang resepi tak lain dan tak bukan dari kakak sedara saya..yang resepi-resepi beliau ini memenuhi kriteria Resepi Di Rantaun ; resepi yang mudah dan sedap..jom kita kenali kak sedara saya nama beliau Siti Khadijah Ismail dulu dia juga merupakan penuntut dan graduan Al-Azhar As-Syarif mengambil kuliah Syariah Islamiah .Beliau ini antara orang yang pakar memasak dalam keluarga kami juga selain pintar..
(makes a perfect package kan..but sorry guys she's taken..hehe..dah jadi isteri orang dah)..
Resepi Di Rantaun mengucapkan Alf Syukran wa JazakiAllah khairul Jazaa atas jasa baik beliau telah menyumbangkan kepada Resepi Di Rantaun sebanyak 23 ressepi yang mudah dan
sodap !!! Hehe..
Di sini saya hanya meng'post'kan satu resepi pada setiap entri jadi kalau siapa yang dah buat tue boleh kongsi hasilnya .
Resepi Pertama
SEBAHAGIAN RESIPI YG BOLEH DIKONGSI - MOGA BERMANFAAT
AYAM MASAK PAPRIK
{resipi mudah ringkas main campak2 je cepat dimasak dan mudah dimasak dan mudah dimakan}
Bahan-bahannya
½ ekor ayam, dipotong kecil (Boleh ditukar daging atau makanan laut )
2 ulas bawang putih dicincang halus
1 biji bawang besar dihiris
2 batang serai dititik
2 biji buah tomato dipotong
45 biji cili padi ditumbuk
blend-kalau suka pedas boleh tambah
( Boleh digantikan dengan cili merah dan 2 biji limau kasturi, diambil jusnya limau nipis or lemon pun boleh....yang penting ada masam )
5 helai daun limau purut, disiat-siat
(tapi kalau takde takpelah cuma kurang aromanya}
7 sudu makan sos cili
6 sudu makan sos tomato
4 sudu makan sos tiram (oyster sauce)
3 sudu makan kicap manis
Bahan-bahan lauk :
bunga kobis
kacang buncis/panjang
karot
jagung muda
minyak secukupnya
air secukupnya
garam secukup rasa
gula secukup rasa
Cara-caranya :
1. Panaskan minyak dalam kuali tumis bawang besar, bawang putih dan cili padi yang telah ditumbuk, kacau sekejap then masukkan ayam.
2. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis. Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air (if nak berkuah tambah air lebih )
3. Masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran. Bila mendidih, buah tomato.
4. Semasa menghidang, perahkan jus limau kasturi. (Pergghhh power!!!)
Nota : Sorie kak siti , Fatimah belum sempat nak masak resepi akak,nak habiskan lagi dua paper imtihan..nanti lepas nie InsyaAllah Fatimah try dan post gambar..
lepas tue..Bon Voyage !!

Sunday, June 7, 2009

Flu Khinzir "Swine Flu"


Swine Flu



Apa itu Flu Khinzir " Swine Flu "?

Virus ini pertama kali dikesan di Amerika Syarikat pada April 2009 .Selain itu ,di Mexico dan Canada beberapa kes juga turut dilaporkan


Kenapa dipanggil Flu Khinzir "Swine Flu"?


Ia dipanggil "Swine Flu" kerana hasil kajian menunjukkan kebanyakan genes di dalam virus H1N1 ini sama dengan Flu yang biasa dihadapi khinzir Di Utara Amerika .Namun begitu kajian selanjutnya menunjukkan ianya jauh berbeza dengan Flu yang biasanya dihadapi khinzir tersebut .



Bagaimana ia menjangkiti manusia ?


Wabak selesema babi ini menjangkiti manusia daripada babi yang telah dijangkiti virus. Dalam sesetangah kes, wabak ini boleh menjangkiti manusia di dalam persekitaran yang kurang mempunyai kaitan dengan babi. Wabak ini boleh merebak dan berjangkit sesama manusia yang mempunyai hubungan rapat langsung .


Bagaimana ia berjangkit ?


Melalui dua cara .
Pertama , ianya berjangkit melalui babi yang telah dijangkiti dengan virus tersebut atau persekitaran yang telah dijangkiti dangan virus Flu Babi ini .
Kedua , melalui perantaraan dengan pesakit yang telah dijangkiti dengan virus ini melalui batuk atau bersin .


Adakah ia berbahaya ?

Tahap bahaya bagi virus ini masih belum lagi dapat dikenal pasti tetapi seperti virus-virus Flu yang lain memang terdapat mereka yang mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghadapi komplikasi yang lebih teruk berbanding dengan lain.Ini termasuk mereka yag berumr lebih dari 56 tahun serta kanak-kanak di bawah usia 5 tahun,perempuan hamil serta mereka yang menghidapi penyakit kronik , kerana virus masih lagi baru kebanyakkan pesakit mempunyai sikit atau langsung tidak ada daya ketahanan "immunity" untuk menghadapi virus ini , tambahan vaksin utuk virus ini belum ditemui .



Bagaimana menjauhi Flu Khinzir ini ?


Ianya berjangkit seperti Flu yang lain melalui manusia ke manusia seperti bersih dan batuk .Buat masa ini vaksin untuk penyakit ini belum lagi ditemui . Langkah berjaga-jaga harus diambil sebagaimana virus Flu yang lain .
Antara langkah berjaga-jaga yang boleh diambil adalah :
1-Tutup hidung dan mulut ketika bersin . Buangkan tisu ke dalam tong sampah selesai digunakan .
2-Cuci tangan denagn sabun dan air terutama sekali selesai bersih atau batuk .
3-Kurangkan dari memegang kawasan mata , hidung atau mulut .
4-Mengelak dari bergaul langsung dengan orang yang sakit .
5-Jika mempunyai simptoms Flu ini sila berjumpa doktor .


Apakah Simptoms Flu Khinzir ini ?
Demam
Batuk
Sakit tekak
Selsema
Hidung tersumbat
Sengal-sengal badan
Sakit kepala
Kesejukkan
Kepenatan
Sebahagiannya pula mengalami cirit-birit dan muntah .



Sumber rujukan :

Nota :

Artikel ini untuk pengetahuan umum sahaja. Ianya tidak bertujuan menggantikan khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor. Sekiranya anda menyedari simptom penyakit ini, silalah menghubungi doktor bagi rawatan lanjut.


Wednesday, June 3, 2009

Awas Mee Segera


Bagi pelajar yang tinggal di asrama atau jauh dari keluarga ,tambahan dengan musim peperiksaan yang semakin hangat, mungkin akan terdesak kerana kesuntukkan masa untuk mengulangkaji untuk memakan apa lagi kalau bukan MEE SEGERA.Mungkin selepas membaca artikel ini kita akan lebih berhati-hati dalam memakan mee-mee sebegini.Mee segera mengandungi lapisan wax (sejenis lilin) yang akan mengambil masa 4-5 hari sebelum dapat dikeluarkan daripada sistem badan.( Takut kan ?)

Cara terbaik untuk mengelak daripada akibat buruk wax terhadap tubuh kita adalah dengan mengubah kaedah memasaknya. Ini juga akan menghalang MSG (Monosodium Glutumate )di dalam serbuk perencah bertukar dari segi struktur molekular menjadi bahan toksik.



Cara yang terbaik adalah :

(1) Rebus mee dalam air mendidih.

(2) Bila mee kembang, sejat atau toskan ke dalam penapis.

(3) Dalam periuk dengan air mendidih yang baru, masukkan mi dan tutup api

4) Masukkan pula serbuk perencah, kacau dan sajikan.

*Kaedah ini biasa dilakukan untuk mee jenis 'goreng' atau tanpa kuah. Jika hendak tambah telur dan sayur, masukkan dalam air mendidih baru, sebelum mee diletakkan .
Ramai yang berusia 18-24 tahun mendapat penyakit pancreatitis (bengkak atau jangkitan pada pancreas) kerana terlalu kerap makan mee segera. Elakkan memakan lebih daripada 3 kali seminggu.

Semoga Allah SWT pelihara kita dari penyakit sebegini..Amin

Tuesday, June 2, 2009

Kari Ikan Nenek Angah


Thanks Angah :)



Bahan-bahan :

4 biji bawang putih dikisar

1 biji bawang besar(1/2 biji dikisar dan 1/2 dihiris)

Daun kari

Rempah kari

Asam sebesar tapak tangan


Bahan lauk :

Ikan

Kentang

Tomato

Bendi



Cara-caranya :

1.Bawang yang dihiris dan daun kari ditumis .

2.Apabila sudah layu , masukkan bawang putih putih dan merah yang dikisar tadi .

3.Bila sudah garing masukkan rempah .Tunggu sehingga garing sekali lagi .

4.Kemudian masukkan air asam serta air .

5.Tunggu sehingga mendidih .

6.Masukkan bahan-bahan lauk tadi .

7.Sedia untuk dimakan .



Nota :

Sesuai untuk dimakan dengan nasi atau roti prata .Lebih sedap di sampingkan dengan ulam-ulaman seperti Gargiel . :P


Petua Untuk Masakan

1. Kalau anda inginkan jemput-jemput anda lembut setelah dimasak, bancuhlah dengan
air suam. Kemudian goreng seperti biasa. Jemput-jemput pasti lembut walaupun setelah
sejuk.
2. Ketika menggoreng ikan, perap ikan bersama asam gelugur. Kemudian goreng
asam gelugur hingga hitam diikuti ikan. Hasilnya, ikan tidak melekat lagi.
3.Cara nak kurangkan lendir bendi yang digorengketika mengoreng bendi, masukkan bersama asam keping atau air asam jawa. Insya allah masakan tadi tak lah terlalu berlendir.
4.Menanggalkan kulit telur tanpa isi nya rosak .
Setelah kulit telur diretakkan, rendam telur kedalam semangkok air seketika, kemudian bolehlah dikupaskan.
5.Jambu batu lebih ranggup .
Jambu batu dipotong dan dibuang biji kemudian rendam kedalam air dan disimpan didalam peti sejuk.. kesejukan air tersebut boleh menyebabkan jambu tadi lebih ranggup .
 

Monday, June 1, 2009

Asam Pedas Perantau

Resepi hasil sumbangan Ha5 Thanks ye :)


Bahna-bahan :
1 1/2 biji bawang Besar
5 biji bawang putih
1 jari halia
1 genggam cili kering

Caa-caranya :
1.Bahan-bahan ini dikisar kemudian ditumis sehingga garing .Bila tumisan itu hampir kering ,letakkan 1 cube Maggi Ikan Bilis serta perasa belacan (sikit je! buat syarat~)

Ikan
Apabila dibeli, harap minta disiang terlebih dahulu .Kemudian bila nak masak, rendam dengan air garam (sebanyak garam yg mungkin) dan sedikit lada hitam .Kembali pada tumisan yg dah garing tadi.,boleh masukkan ikan dan biarkan ikan separuh masak dengan tumisan.Setelah ikan hampir separuh masak atau isinya hampir putih, sila masukkan air asam agar supaya lauk tak hamis.Kemudian masukkan air mengikut citarasa masing-masing.

Nota : Kalau nak alter lauk (ops!) boleh lah gunakan gula, garam, tomato paste sikit ok.. itu saje.. Selamat Mencuba! P/s: diantara rahsia cepat, sedap n terasa masakannya... setiap pergerakan dimulakan dengan Bismillah n Selawat ke atas Rasulullah saw.
insyaAllah! pasti terasa ke-enak-an-nyer~ >,<

Thursday, May 28, 2009

Roti Jala


Memasak untuk program Food For Thought

Makanan Arab Mesir

Ru'ah
Lasagne Mesir
Pergi berziarai teman Arab di di sini,
tak sangka dapat kumpul resepi sekali,
bukan hanya Mak kawan kasi resepi
malahan menunjukkan praktikal
serta bekalan untuk dibawa pulang sekali
Reaepinya akan menyusul kemudian
InsyaAllah ..

Sambal

1.Sambal Belacan Mudah

Lada kecil
Lada besar
Belacan
Asam jawa
Garam
Gla

Cara-cara:
Bahan-bahan dikisar .


2.Sambal Kicap Mudah

Cili padi
Gula
Kicap Manis
Limau Nipis
Sedkit air.

Kuih Keria

Masa itu terliur nak makan kuih getas-getas tapi kat Mesir tak ada tepung pulut ataupun tepung besar jadi buatlah kuih ini ..sedap..oishii :)

500gm ubi keledek
1 cawan tepung gandum
sedikit garam
3 sudu besar gula
sedikit air

Karamel :
gula
air

Cara-cara :
1. Keledek direbus dan terus dilenyekkan .
2. Masukkan bahan-bahan yang lain .
3.Dibulat-bulatkan dan terus digoreng .
4. Ditaburkan di atas karamel tadi .

Selamat menjamu selera ..

Spagetti Ala Melayu


Disumbangkan oleh Anisah (Thanks !! Anisah :) )

Bahan-bahan untuk dikisar :
2 biji tomato
1 biji bawang merah sedang
5 ulas bawang putih
2-3 batang cili merah

2/3 Cawan air
2-3 sudu besar tomato puree
1/2 botol sos tomato
Gula
Madu
Garam

1/2 pek kecil daging kisar
1/2 pek kecil Hotdog dihiris serong

Mee dicelur :
Mee Spagetti
Minyak
Garam

Lada benggala
Keju Mozarella

Cara-caranya :
1.Bahan-bahan yang dikisar ditumis .
2.Setelah layu , masukkan tomato dan sos .
3. Masukkan air .
4. Masukkan daging serta Hotdog .

Friday, January 2, 2009

Mee Goreng Taucu

Diperolehi dari resepi.mesra.net dengan beberapa penyesuaian .

Bahan-Bahan:
Sebungkus mee kuning
isi ayam
daging
udang
5 Ulas bawang putih

2 Ulas bawang merah
1 Labu bawang besar
Lada merah
Sawi

Kubis
3 Sudu cili kisar
4 Sdu Besar taucu
Kicap pekat
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
Garam
Gula


Cara-caranya :

1.Tumiskan bawang merah dan bawang putih kemudian masukkan cili kisar sehingga garing.

2.Kemudian masukkan semua lauk serta semua sos.Digaul rata.
3. Kemudian masukkan taucu ,sedikit garam .Serta ditambah sedikit air.
4. Masukkan mee kuning.Gaul rata.
5. Akhir sekali masukkan bawang besar, lada merah dan juga sayur-sayuran . Siap untuk dihidangkan .
Perhatian
Jangan letak banyak garam kerana taucu sudah sedia masin.

Telur Masak Taucu

Diperolehi dari resepi.mesra.net dengan beberapa pertukaran serta tambahan .

Bahan-bahan :

2 Ulas bawang merah dan putih (dipotong 2)
1 inci halia
1 sudu besar taucu
sejemput asam jawa
1 sudu kecil gula
sedikit minyak untuk menumis

Sedikit Kicap
Kacang panjang


Cara:

1. Goreng telur mata kerbau. Ketepikan .
2. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sampai naik bau.
3. Kemudian masukkan taucu dan air asam jawa.
4. Diikuti dengan gula dan kicap .
5. Tunggu sehingga menggelegak dan kuah pekat.
6. Tuangkan kuah di atas telur.

Mee Maidin

Diperolehi Dari Kak Izzah ( Syukran Kak !!)

Bahan-bahan untuk ditumis :
Sebiji bawang besar dihiris
1 cm halia dikisar atau ditumbuk
2 ulas bawang putih dikisar
5 batang merah dikisar (Jika suka boleh dilebihkan )

1.2 kg daging disalai direbus sampai empuk ( Airnya disimpan )
Air asam segenggam
Separuh botol tomato sos

Lada hijau dibelah
Tomato dipotong dadu
4-5 Biji telur
Telur
Garam
Gula

Cara-cara :
1. Setelah ditumis dan masukkan daging , tunggu mendidih masukkan telur .

Sup Kim Cham

Diperolehi oleh Fathiah (Syukran fatya !!)

Dihiris :
Sebiji bawang putih
Sebiji bawang merah
Setangkai lada merah
Setangkai lada hijau

Bahan kering direndam sebentar :
Segenggam fungus
Segenggam Jantung pisang
Segenggam Suoon
Segenggam Tahu kering

Kentang dipotong dadu
Garam
Minyak masak

Cara-caranya :

1.Minyak masak dipanaskan .
2.Masukkan bawang merah dan putih tunggu layu .
3.Masukkan lada hijau dan merah .
4. Tunggu mendidih kemudian masukkan air serta bahan bahan-bahan kering .

5. Masukkan garam dan akhir sekali kentang .

Selamat Mencuba..




Assalamualaikum..
Bismillah..blog ini khas saya buat untuk menyimpan resepi-resepi saya , yang mana telah saya pelajari dan cuba..trial and error..Resepi ini diperolehi dari teman-teman yang sama-sama menuntut di Mesir ini . Silalah mencuba .. any contributions is greatly appreciated .