Sunday, May 9, 2010

Pancake..


BismiAllah..
Hmm hari Ahad yang lalu saya dan achik sertai study group bersama dengan teman-teman Malaysia yang lain..kitaorg tak tahu nak bawa cicipan apa ( breakfast )..fikir punya fikir skhir sekali kitaorg buat keputusan nak bawa pancake..

Pancake atau hotcake ?
sebenarnya apakah nama kuih lempeng barat ini..

ok ini berdasarkan apa yang saya cari..

Pancake, hot cake, griddlecake, and flapjack, with its derived slapjack, are used interchangeably by many people, regardless of whether a pan or griddle is used for cooking, and each term is widely used throughout the U.S. Flannel cake, however, is confined chiefly to the North Midland U.S. and battercake to South Midland and Southern U.S.

Resepi pancake yang kita dah cuba :
1 1/2 cawan tepung
1 1/2 cawan susu
1 biji telur
3 sudu makan butter
3 sudu makan gula
1/2 sudu kecil garam
1 1/2 sudu kecil serbuk penaik.

resepi ini memerlukan ketepatan..kurang atau lebih , nanti pancake jadi lempeng..
sedap dimakan dengan mapple syrup, ais krim dan butter.

saya nak juga cuba resepi pancake yang berperisa.Ini saya dapati di alfahanum.fotopages.com .

Resepi Pancake.

Bahan:
125g tepung
1 tsp serbuk penaik
1 tbsp gula
1/2 tsp garam
1 biji telur
250ml susu segar
1 tbsp minyak/butter cair


Cara:
1. Campur bahan2 kering.
2. Campur bahan2 basah dlm bekas berasingan.
3. Campur (1) ke dalam (2) dan kacau hingga sebati.
4. Panaskan kuali leper, tuangkan satu senduk kecil adunan.
5. Tunggu hingga keluar gelembung2 kecil baru terbalikkan pancake tadi.
6. Biar hingga masak, siap utk di hidang

* Hidang bersama butter dan honey.

Resepi pancake pisang

Banana Pancakes

m3rni3@myresipi.com
buat sarapan pagi ..

Bahan-bahan ( 8 keping )

1 cwn tepung naik sendiri
2 sudu besar gula
secubit garam
1 biji telur
1 cwn susu segar
2 sudu besar minyak masak/mentega
2 biji pisang, dilenyek
1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara

Campurkan tepung, gula dan garam dalam mangkuk yang besar.
Campurkan telur, susu, minyak, pisang dan esen vanilla dan kaca sehingga sebati.
Masukkan bahan2 basah ke dalam bahan2 kering dan kacau sehingga tiada ketulan tepung.
Panaskan non stick pan dan ambil 1/4 cwn adunan untuk bentukkan satu lempeng.
Biarkan atas lempeng itu berbuih2 dan kelilingnya kecoklatan barulah pusingkan dan biarkan selama seminit lalu angkat.

Saturday, April 24, 2010

Nak kuih bakar..




Saya mengidam nak kuih bakar..
saya suka kuih bakar..
yang perasa pandan..
yang banyak kerak..hehe..
mungkin saya rindu nak kuih Melayu..
tapi alhamdulillah saya dah dapat resepi kuih bakar versi perantau..dari kak shazira..
tidak menggunakan santan ..hehe..
Syukran jazilan kak..
saya nak suruh adik saya bawakan acuan tembaga dari Singapura tapi berat pula..kak Zira kata pakai periuk tefal aje..nanti insyaAllah lepas exam saya nak buat..:)

Thursday, April 15, 2010

The Quest for the Batik Cake Recipe ?

Resepi Kek batik atau biskut batik ?

Dah lama saya mencari resepi kek batik..sewaktu saya belajar di Maahad tahfiz di beberapa kawasan di Malaysia , seringkali saya diberi makan kek batik..kek batik dan biskut batik adalah dua resepi yang berbeza.Walaupun kek batik juga menggunakan bahan-bahan asas dalam pembuatan biskut batik seperti milo , mentega , biskut marie tetapi yang membezakannya dalah penggunaan telur..kemudian kek batik lembut (Dah namanya kek kan..)
Saya sering mencuba resepi kek batik di internet tetapi kebanyakkan tidak menjadi ..mungkin kerana saya tidak mengikuti arahan dengan betul.

P.s: Saya rindu nak makan kek batik..:(..sepertimana rindu pada teman-teman tahfiz saya..

Jadi saya 'merayu' siapa yang mengetahui tentang resepi kek batik..sudilah berkongsi dengan saya..

Saya boleh dihubungi melalui emel saya :
sitiainulmardhiah@yahoo.com.sg
sitiainulmardhiah@hotmail.com

Syukran.

Maaf saya ucapkan

Bismillah..hampir beberapa bulan saya tidak dapat mengemaskinikan blog resepi..semenjak pulang ke Kairo pada bulan November yang lalu.Mungkin kerana keterbatasan waktu , dan kerana komputer saya "crash"..kemudian saya ingin mempersiapkan diri untuk imtihan fasl satu yang telah tempuhi..saya masukkan entri ini kerana ingin memohon maaf kerana sekali lagi saya akan menempuhi imtihan fasl dua pada awal bulan Mei..doakan saya ..peperiksaan ini yang akan menetukan kenaikkan saya pada tahun yang ketiga , di mana saya insyaAllah akan menentukan takhsus yang saya akan memilih.

Terima kasih bagi mereka yang masih membaca terus blog saya..koleksi resepi dalam blog ini kebanyakkan telah diperolehi dari kakak saudara yang dicuba sepanjang pengalaman beliau di rantauan..insyaAllah semuanya menjadi.