Sunday, July 26, 2009

Resepi Ringkas Dan Lazat

Siri 5 : MASAKAN KEGEMARAN RAMAI .


Resepi hasil sumbangan Kakak Sedara saya ; Siti Khadijah Binti Ismail .
Terima kasih , kak Siti *winks*.


1) NASI AYAM

Bahan untuk Nasi
1 kilo beras
1/2 cawan halia yang telah dikisar
1/2 cawan bawang putih yang telah dikisar
3 helai daun pandan
1/2 sudu makan garam
air paras sukatan beras
minyak untuk menumis

Bahan untuk Sos
15 batang lada merah
5 ulas bawang putih
1 ibu jari halia
15 biji limau kasturi, ambil jusnya
3/4 cawan air masak
1 sudu teh garam
1/2 cawan gula

Bahan untuk Ayam Goreng Madu
1 ekor ayam
3 sudu besar madu
4 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap
1 sudu besar minyak bijan
air untuk rebus secukupnya
minyak untuk menumis

Untuk dikisar
1 ibu jari hali
1 bawang besar
2 ulas bawang putih

Bahan untuk Ayam Goreng Ketumbar
1 ekor ayam, dipotong kecil
2 sudu makan pes halia
2 sudu makan pes bawang putih
2 sudu makan serbuk ketumbar
1/2 sudu makan serbuk jintan halus
kunyit serbuk secukupnya
garam secukup rasa

Bahan untuk Ayam Rebus Style Hainan
1 ekor ayam
sedikit garam
air secukupnya untuk merebus ayam


Cara Menyediakan

Cara untuk membuat Nasi Ayam
Panaskan minyak dalam periuk nasi. Kemudian masukkan daun pandan, halia dan bawang putih yang telah dikisar. Tumis sehinnga naik bau, masukkan garam dan air (sukat air mengikut paras beras) dan gaul rata. Masukkan beras dan gaul rata. Kemudian tutup periuk nasi dan biarkan ia masak. Dalam resipi ini nasi ayam tidak mengunakan air rebusan ayam ataupun serbuk sup tapi Insyallah nasi akan berbau harum dan warnanya kuning-kekuningan. Tapi kalau nak guna air rebusan ayam pun boleh.

Cara untuk membuat Sos
Kisar bawang putih, halia dan lada merah bersama jus limau kasturi, garam dan gula. Kemudian masukkan air masak. Kisar lagi. Rasa sekiranya ada kurang tambah garam, gula mengikut citarasa dan boleh dihidangkan bersama nasi ayam.

Cara untuk Ayam Goreng Madu
Bersihkan ayam dan jangan dipotong biarkan ia seekor. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau. Kemudian tuangkan air, dan biarkan ia mendidih. Kemudian masukkan ayam dan direbus hingga ia masak. Kalau nak tahu ayam sudah masak atau belum cucuk pehanya dan sekiranya tidak ada darah angkat ayam dan toskan airnya. Campurkan madu, sos tiram, kicap dan minyak bijan. Sapukan rata pada ayam yang telah direbus itu. Perap untuk 1 - 2 jam. Panaskan minyak secukupnya untuk goreng ayam, minyak mestilah banyak. Goreng ayam hingga kulitnya garing. Jangan goreng ayam terlalu lama sekadar untuk garingkan kulitnya. Angkat dan toskan minyaknya. Itulah rahsia ayam yang isinya lembut didalam dan mendapat kulit yang garing.

Cara untuk Ayam Goreng Ketumbar
Gaul kesemua bahan-bahan diatas dan goreng ayam sehingg garing. Jika ingin ayam goreng yang bersalut tepung garing macam KFC gitu. Selepas gaul rata bahan-bahan diatas boleh taburkan tepung beras secukupnya untuk menyalut ayam dan kemudian digoreng sehingga garing.

Cara untuk Ayam Rebus Hainan
Bersihkan ayam dan dibasuh dengan air garam, jangan dipotong biarkan ia seekor. Kemudian gantung ayam untuk dikeringkan seketika. Masak air dalam periuk besar (air mesti cukup untuk tenggelamkan ayam) sehingga ia mendidih. Masukkan ayam dan kecilkan api dan rebus ayam untuk 40 minit. Cucuk peha ayam untuk tahu jika sudah masak. Ayam tidak boleh direbus terlalu lama takut dagingnya tidak sedap so pandai-pandai untuk agak. Jika tidak berdarah lagi boleh angkat ayam dan gantung untuk toskan airnya. Biarkan ayam betul-betul sejuk baru dipotong kalau tidak takut dagingnya hancur. Potong ayam macam jual kat kedai. Tuangkan sedikit kicap cair dan minyak bijan atas ayam dan hidangkan bersama nasi ayam.

SUP (untuk Nasi Ayam)

Cara-caranya
Gunakan air rebusan ayam untuk Ayam Goreng Madu ataupun Ayam Rebus Style Hainan. Tambah garam dan serbuk perasa secukup rasa. Taburkan daun sup dan bawang goreng. Fuhhh terantuk. Itulah supnya.

SAYUR CHAP CHAI

Bahan-bahannya
1 ikat sayur sawi, dipotong selebar 3 inci
2 paket jagung muda, dibelah 2
1 biji kobis yang kecil, dipotong selebar 2 inci
6 ekor udang
1 biji bawang besar, dihiris
3 ulas bawang putih, dicincang
4 sudu besar sos tiram
1/2 cawan air
sedikit bancuhan tepung jagung
sedikit minyak untuk menumis

Cara-caranya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan pula bawang besar dan udang.
2. Bila udang telah masak, masukkan sos tiram dan juga air.
3. Masukkan pula kobis dan jagung muda. Gaul rata. Bila telah setengah masak masukkan sawi. Gaul hingga sebati.
4. Masukkan pula bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuahnya.
5. Sedia untuk dihidang.



2) SUP AYAM PASTA PENNE OR MACARONI SOUP

Bahan-bahannya
1 paket (250 gram) pasta penne atau macaroni
4 keping isi dada ayam potong dadu / guna ayam potong kecil
1 batang karot, dibersihkan dan dipotong ikut suka
3 biji kentang, dikupas kulitnya dan dipotong ikut suka
2 liter air
1 batang kayu manis
3 kelopak bunga lawang
3 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
3 tangkai daun sup, dibersihkan dan dipotong sepanjang 2 inci
Sedikit bawang goreng - if ada
Garam secukup rasa
Minyak

Bahan untuk dikisar
3 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup - serbuk kunyit pun boleh
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan halus

Bahan untuk Sambal Kicap
5 batang lada merah
10 tangkai cili padi thailand
1 ulas bawang putih
5 sudu makan kicap

Cara-caranya
1. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga. Masukkan juga bahan yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau dan rempahnya masak.
2. Masukkan air, isi dada ayam, lobak dan kentang. Biarkan kuahnya mendidih dan pastikan kentang dan lobak empuk.
3. Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya. Kemudian masukkan daun sup dan sedikit bawang goreng. Padamkan api. Kuah telah pun siap dimasak.

3)DAGING BISTIK
Enak dimakan dengan roti ataupun nasi bersama mata lembu

Bahan-bahannya
1/2 kg daging batang pinang, dihiris nipis
3 biji kentang, dipotong wedges
2 batang karot, dipotong ikut suka
2 biji tomato, dipotong empat
3 sudu makan rempah kari daging
3/4 cawan sos tomato
3/4 cawan kicap
4 cawan air
sedikit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan untuk dikisar
2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia
5 batang lada merah
10 batang cili

Cara-caranya
1. Panaskan minyak, kentang yang telah dipotong wedges dan karot digoreng setengah masak, angkat, toskan. Ketepikan.
2. Panaskan minyak, masukkan kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang. Kemudian masukkan rempah yang telah dikisar dan tumis sehingga naik bau. Masukkan pula rempah kari dagiing kacau hingga sebati dan tuang sedikit air. Biar ia mendidih sekejap.
3. Masukkan sos tomato, garam, serbuk perasa dan juga kicap. Gaul rata. Masukkan pula air dan daging yang telah dihiris nipis. Gaul rata dan biarkan ia reneh (simmer) pada api yang sederhana selama 10 minit.
4. Bila daging telah setengah masak, masukkan pula kentang dan karot yang telah digoreng tadi. Biarkan ia reneh lagi selama 10 - 15 minit sehingga semua kuah dan bahan-bahan sebati. Kalau airnya kurang boleh tambah sedikit.
5. Rasakan kuahnya jika kurang perasa, tambah apa yang patut. Masukkan tomato dan tutup api. Biarkan sebentar dan sedia untuk dihidang.

Resepi Ringkas Dan Lazat

Siri 4 : Aneka Masakan Bergoreng.

Resepi hasil sumbangan Kakak Sedara saya ; Siti Khadijah Binti Ismail .
Terima kasih , kak Siti *winks*.

1)KACANG PANJANG GORENG BERTELUR

Bahan-bahannya
1 ikat kacang panjang (dipotong kecil/1 cm)
1 biji telur ayam
5 ulas bawang merah (dihiris) atau bawang besar
1 ulas bawang putih (dihiris)
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara-caranya
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang merah sampai naik bau. Kemudian, masukkan kacang panjang dan gaul sebentar. Masukkan telur dan gaul rata. Akhir sekali barulah dimasukkan garam secukup rasa.


2)TERUNG BERLADA

Bahan-bahannya
2 batang terung, dipotong 3 dan dibelah dua
gula secukup rasa
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan untuk dikisar
1/3 cawan udang kering, direndam
4 batang cili merah
8 biji cili padi thailand
2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
2 cm belacan
2 sudu besar cuka - jus lemon pun boleh

Cara-caranya
1. Terung disalai / bakar (goreng tanpa minyak) atas kuali sehingga lembut.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan bahan perasa {gula & garam}. Sambalnya kena rasa pedas, masin, masam dan sedikit manis.
4. Bila rempah sudah pecah minyak, masukkan terung yang telah disalai dan gaul rata. Sedia untuk dihidang.


3)SPAGHETTI GORENG

Bahan-bahannya
1 paket spaghetti
1 ikat sayur sawi, dibersihkan dan potong ikut suka {any sayur yg suka}
100 gram daging, dipotong nipis {nk letak ayam potong dadu je pun boleh} - adjust2 kit sesuai dgn kehidupan diperantauan
80 gram udang, dibersihkan
80 gram sotong, dipotong bulat
3 biji telur
4 sudu makan tomato sos
2 sudu makan kicap
bawang goreng secukupnya - takde pun takpe
garam secukup rasa
gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan untuk dikisar
15 tangkai lada kering, direndam dan bersihkan
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih

Cara-caranya
1. Spaghetti direbus mengikut peraturan dipeknya. Angkat dan toskan. Telur digoreng pecah-pecah. Kemudian angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan daging, sotong dan masak sebentar.
3. Bila daging dan sotong telah empuk, masukkan udang, tomato sos, kicap, garam, serbuk perasa dan gula. Gaul sehingga sebati.
4. Masukkan sayur sawi dan secukup bawang goreng. Masukkan juga telur yang telah digoreng tadi. Gaul rata.
5. Akhir sekali masukkan spaghetti dan gaul kesemua bahan-bahan sehingga ia sebati. Angkat dan hidangkan.


4 )BEE HOON GORENG

Bahan-bahannya
1 bungkus bee hoon
1 batang lobak merah, dihiris halus
1 ikat sawi, dibersihkan
200 gram daging cincang
12 ekor udang, dibersihkan
3 biji telur
½ cawan air
Bawang goreng secukupnya - takde takpe
Garam secukup rasa
Minyak

Bahan untuk dikisar
3 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
½ cawan udang kering, dicuci bersih
1 sudu teh serbuk lada putih

Cara-caranya
1. Bee hoon dicelur dalam air panas sekejap. Angkat dan toskan. Telur digoreng pecah-pecah. Angkat dan ketepikan
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau {tumis betul2 tau hingga garing and naik bau. tapi jgn sampai hangus} Masukkan daging cincang, lobak dan air. Kacau rata.
3. Bila daging telah masak, masukkan udang, garam, serbuk perasa dan sayur sawi. Gaul sebati.
4. Masukkan bawang goreng secukupnya, telur dan bee hoon. Gaul kesemua bahan-bahan sehingga ia sebati.


5)MACARONI GORENG
Bahan-bahannya
1 paket (500 gram) macaroni
12 ekor udang, dibersihkan
150 gram daging cincang
4 biji telur, digoreng pecah-pecah
1 ikat sawi, dipotong selebar 2 inci - any sayur boleh
2 sudu besar kicap
2 sudu besar sos tomato
¼ cawan bawang goreng
garam secukupnya
gula secukupnya
minyak untuk menumis

Bahan untuk dikisar
15 tangkai cili kering, direndam dengan air panas
3 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 ½ sudu teh serbuk jintan halus

Cara-caranya
1. Rebus macaroni seperti biasa. Toskan
2. Panaskan secukup minyak didalam kuali. Tumis bahan yang telah dikisar sehingga ia naik bau. Masukkan kicap, sos tomato, garam, gula dan serbuk perasa.
3. Masukkan daging cincang dan bila daging telah bertukar warna. Masukkan pula udang. Masak sehingga udang bertukar warna.
4. Masukkan sawi dan telur yang telah disediakan tadi. Gaul rata.
5. Masukkan pula macaroni yang telah direbus. Gaul sehingga rempah dan macaroni rata.
6. Taburkan bawang goreng (if adalah) dan gaul sehingga ia sebati. Sedia untuk dihidang.


6 )MEE KICAP

Bahan-bahannya
1 paket bee hoon, dicelur dengan air panas
4 biji telur, digoreng scrambled
12 ekor udang, dibersihkan - can ganti dgn anything u like
½ cawan sos tomato
½ cawan kicap
garam secukupnya
gula secukup rasa
minyak
bawang goreng, jika ada

Bahan untuk dikisar
15 tangkai lada kering, direndam dalam air panas
2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
¼ cawan udang kering, direndam dan dibersihkan

Cara-caranya
1. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan sos tomato dan kicap bersama, garam, gula dan serbuk perasa. Rempahnya hendaklah anda masak sehingga ia pecah minyak.
2. Masukkan udang dan bila ia telah masak, masukkan pula telur yang telah digoreng dan diketepikan tadi. Gaul rata.
3. Akhir sekali anda boleh masukkan bee hoon dan gaul rata rempah dan bahan-bahan yang lain sehingga warnanya serata.
4. Boleh dihidangkan dengan ayam goreng yummmmmy!

Resepi Ringkas Dan Lazat

Siri 3 : MASAKAN LAUT ( SEAFOOD )
Resepi hasil sumbangan ; Siti Khadijah Binti Ismail .
Terima kasih , kak Siti *winks*.

1) UDANG MASAK LEMAK CILI PADI

Bahan-bahannya
1 kg udang hidup { boleh guna ikan atau ayam}
1 batang serai, dititik
4 cawan santan pekat {boleh diganti dengan susu cair}
½ cawan air
½ biji nenas, dibelah dua dan potong mengikut selera anda {optional}
1 helai daun kunyit (setengah disiat dua untuk digunakan sewaktu menumis dan setengah dimasukkan bersama bahan lain untuk kisar)
1 sudu teh gula
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan untuk dikisar
25 – 30 tangkai cili padi
2 biji bawang besar
1 ½ inci kunyit hidup - blh guna serbuk kunyit
1 ulas bawang puith
daun kunyit yang diketepikan untuk dikisar

Cara-caranya
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
2. Masukkan setengah daun kunyit yang telah disiat bersama nenas dan ½ cawan air.
3. Masukkan juga gula, garam dan serbuk perasa dan gaul rata.
4. Bila nenas telah masak, masukkan santan pekat dan udang.
5. Bila kuah telah mendidih dan udang telah pun masak, padamkan api dan sedia untuk dihidangkan.


2) SOTONG PEDAS

Bahan-bahannya :
10 ekor sotong sederhana besar – buang kulit dan dakwat

Bahan untuk dikisar:
6 biji bwg merah ( Ataupun bawang besar 1 biji )
3 biji bawang putih
Belacan dibakar
6 biji cili kering
2 biji cili merah

2 biji bwg besar – dihiris bulat
½ cwn air asam jawa
½ cwn santan pekat

Cara-caranya :
1.Tumis bahan yg dikisar , kemudian dikacau selama 3 minit sehingga bau wangi.
2.Masukkan sotong dan kacau sehingga sebati .
3.Kemudian masukkan santan pekat, air asam jawa, garam dan gula.


3) PINDANG SERANI

Bahan-bahannya
5 keping ikan tenggiri/ ikan cermin/ ikan sagar or any ikan yg ada
7 batang cili padi, dibelah 2
5 biji bawang kecil, dihiris - bawang besar pun boleh hiris
2 ulas bawang putih, dihiris
1 inci halia, dihiris
1 batang serai, dititik
2 sudu makan serbuk kunyit
4 asam keping, dicuci bersih
1 biji tomato, dibelah empat

Garam secukup rasa
Minyak
Air secukupnya
Bawang goreng, jika suka

Cara-caranya
1. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai, cili padi, bawang kecil, bawang putih dan halia yang telah dihiris dan tumis sekejap je. Masukkan pula serbuk kunyit dan gaul rata. Kemudian masukkan air sebanyak mana kuah yang anda inginkan.
2. Masukkan pula garam, serbuk perasa jika suka, ikan dan juga asam keping dan masak sehingga ia mendidih.
3. Akhir sekali masukkan tomato, biarkan ia seketika sehingga layu. Taburkan bawang goreng dan kacau rata kuahnya. Padamkan api dan sedia untuk dihidang.

Resepi Ringkas Dan Lazat

Siri 2 : MASAKAN DAGING

Resepi hasil sumbangan ; Siti Khadijah Binti Ismail .
Terima kasih , kak Siti *winks*.


1)DAGING MASAK KETUMBAR JINTAN

Bahan-bahannya
1 kg daging dipotong nipis
1/2 cawan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan halus / cunmin seed
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan air
1/2 cawan gula hitam { ataupun gula kasar 1 cawan )
1/2 cawan gula pasir
garam secukup rasa
1/2 cawan minyak

Bahan untuk dikisar
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci kunyit hidup boleh ganti dengan serbuk kunyit
5 batang serai
1 inci lengkuas

Cara-caranya
1. Masukkan daging dalam periuk.
2. Masukkan bahan yang telah dikisar, minyak, serbuk ketumbar, serbuk jintan halus, air asam, air, gula, garam dan serbuk perasa jika suka.
3. Gaul rata dan masak daging dengan api sederhana sehingga kering.


2) DAGING MASAK MERAH

Bahan-bahannya
300 gm daging lembu
2 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (dititik atau cincang)
125 gm sos tomato
4 sudu besar cili kering kisar
Sedikit kicap cair
Garam secukup rasa
Sedikit air
Minyak untuk menumis

Cara-caranya
Rebus daging dengan ditambah sedikit pewarna merah {optional} sehingga empuk. Potong daging ikut suka. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik baunya. Masukkan cili kering. Tumis sehingga pecah minyak. Masukkan sos tomato & daging yang telah dipotong tadi bersama sedikit air. Tambahkan sedikit garam & kicap cair. Masak sehingga kuah agak kering barulah dimasukkan pula hirisan bawang besar. Kacau seketika & angkat.

3) BLACK PEPPER BEEF
Resepi yang ringkas .

Bahan-bahannya
1/2kilo daging - rebus hingga empuk
1 biji bawang besar - hiris
3 ulas bawang putih } tumbuk / blend lumat
1/2inci halia } tumbuk / blend lumat
1sudu teh lada hitam tumbuk kasar (masuk lepas tumbuk bahan atas) if mkn serbuk lada hitam pon blh
3biji kentang potong wedges and goreng
1 btg kayu manis
3 bunga cengkih
1 biji pelaga
2 - 3 sudu sos tomato
2 cwn kicap ( banyak ikut pada suka)
1 cwn air rebusan daging ( banyak ikut pada suka)

Cara-caranya
1. Tumis bahan tumis (Jgn tunggu minyak panas sangat). Masuk bawang, layu masuk bahan tumbuk, dan tumis sehingga wangi.
2. Masuk air rebusan daging, daging, kicap, sos tomato dan perasakan dengan garam jika perlu.
3. Biarkan agak pekat, masuk kentang. Angkat dan sedia untuk dihidang.


4 )DAGING MASAK HALIA

Bahan-bahannya
350 gram daging lembu, direbus dan dihiris nipis
1/2 buku halia saiz sederhana
1/4 bawang besar
2 biji bawang putih
2 biji lada benggala hijau (capsicum), dihiris panjang
2 sudu besar sos tiram
sedikit garam

Cara-caranya
1. Mula-mala kisar halia, bawang besar dan bawang putih hingga hancur.
2. Kemudian tumis hingga naik bau, masukkan sos tiram dan dan daging, jika terlampau kering masukkan sedikit air, setelah kuah agak pekat baru masukkan lada benggala hijau.
3. Sesuaikan rasa dan angkat, diingatkan jangan biarkan cili hijau terlampau lama, agak-agak dah layu terus tutup api. Sedia untuk dihidangkan.


5)DAGING MASAK SAMBAL BALI
Boleh dimakan dgn nasi ataupun roti dgn mata lembu

Bahan-bahannya
½ kg daging, dipotong tipis
½ cawan bawang goreng
¼ cawan kicap
½ cawan air
3 sudu makan cuka
Garam secukupnya
Gula secukupnya
Minyak

Bahan untuk dikisar
20 tangkai lada kering, dibersihkan dan direndam dalam air panas
2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara-caranya
1. Panaskan minyak dalam kuali, dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
2. Bila rempah telah masak dan garing, masukkan air, kicap, cuka, garam, gula dan serbuk perasa. Masukkan daging dan renIh (simmer) sehingga dagingnya masak.
3. Rasakan rempahnya, mesti ada rasa pedas, masam dan manis. Masukkan pula bawang goreng dan gaul rata. Siap untuk dihidang. simple kan?

Resepi Ringkas Dan Lazat

Siri 1 : MASAKAN AYAM

Resepi hasil sumbangan Kakak Sedara saya ; Siti Khadijah Binti Ismail .
Terima kasih , kak Siti *winks*.

1) AYAM MASAK PAPRIK

Bahan-bahannya
½ ekor ayam, dipotong kecil ( Boleh ditukar kepada daging atau makanan laut )
2 ulas bawang putih dicincang halus
1 biji bawang besar dihiris
2 batang serai dititik
2 biji buah tomato dipotong empat
5 biji cili padi ditumbuk atau dikisar ( Kalau ingin lebih pedas boleh tambah lebih )
2 biji limau kasturi diambil jusnya limau nipis atau buah lemon
5 helai daun limau purut disiat-siat
7 sudu makan sos cili
6 sudu makan sos tomato
4 sudu makan sos tiram (Oyster sauce)
3 sudu makan kicap manis

bunga kobis
kacang buncis/panjang
karot
jagung muda
minyak secukupnya
air secukupnya
garam secukup rasa
gula secukup rasa

Cara-caranya
1. Panaskan minyak dalam kuali tumis bawang besar, bawang putih dan cili padi yang telah ditumbuk, kacau sekejap kemudian masukkan ayam.
2. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis. Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air .
3. Masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran. Bila mendidih , masukkan buah tomato.
5. Semasa menghidang, perahkan jus limau kasturi. Nikmatilah kelazatannya .


2) AYAM GORENG

Bahan-bahannya
1 kilo kepak ayam dibersihkan dan ditoskan
2 sudu makan pes halia
2 sudu makan pes bawang putih
2 sudu makan serbuk ketumbar
1/2 sudu makan serbuk jintan halus
kunyit serbuk secukupnya
garam secukup rasa
Tepung beras secukupnya

Cara-caranya
1. Gaul kesemua bahan-bahan diatas kecuali tepung beras dan perap ayam selama 15 minit – 30 minit .
2. Kemudian salut ayam dengan tepung beras dan goreng menggunakan minyak yang panas sehingga ayam kekuningan dan garing. Angkat dan hidangkan sewaktu ia panas.



3) AYAM LEMAK BEREMPAH

Bahan-bahannya:
500 gm ayam - size potong ikut suka
1 sudu serbuk lada hitam
600 ml santan
Minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan kisar:
10 biji cili padi
2 tangkai serai
2 biji lada merah
1 biji lada hijau
1 biji bawang besar
1.5 cm halia
Sedikit gula merah atau gula biasa

Cara-caranya:
1. Goreng ayam separuh masak dan angkat.
2. Dengan 3 sudu besar minyak, tumis bahan-bahan yang telah dikisar bersama lada hitam sehingga naik bau.
3. Masukkan santan dan sedikit garam. Kacau hingga sebati.
4. Kemudian masukkan ayam dan biarkan ia mendidih , kemudian renihkan atas api perlahan hingga ayam masak.
5. Tunggu sehingga pekat sedikit , tetapi kalau ingin cair, cukup sekadar kuahnya mendidih dan kemudian bolehlah dipadamkan apinya .

4) AYAM MASAK MERAH

Bahan-bahannya
2 ekor ayam, dibersihkan potong ikut suka -
4 sudu makan tomato puri ataupun ¾ cawan sos tomato
air secukupnya
secukupnya bawang goreng
garam secukup rasa
gula secukup rasa
minyak

Bahan untuk dikisar
30 tangkai lada kering, direndam dengan air panas
4 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara-caranya
1. Panaskan minyak dalam kuali. Ayam digaul dengan serbuk kunyit dan garam. Kemudian digoreng ayamnya setengah masak. Angkat dan ketepikan.
2. Minyak yang digunakan untuk goreng ayam boleh gunakan untuk menumis, jika tak suka gunakan minyak baru pun boleh. Tumis rempah yang telah dikisar. Tumis sehingga baunya bangkit dan rempahnya masak betul. Masukkan juga tomato puri/ sos tomato.
3. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa dan juga sedikit air dalam 2 cawan gitu dan simmer rempahnya. Bila rempah dah mula nak mendidih. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan biar ia simmer dalam 10 minit agar rempahnya menyerap kedalam ayam. Rasakan kuahnya harus ada rasa pedas, masam, manis dan masin. Jika ada perasa yang kurang ditambah dan gaul rata .
4. Taburkan secukup bawang goreng. Gaul rata dan sedia untuk dihidangkan. Boleh taburkan dengan kacang peas/ badam goreng/ gajus goreng bila dihidangkan.

5)KUNG PAO CHICKEN

Bahan A
600 gm isi ayam - potong dadu
tepung jagung
garam

Isi ayam disalutkan sedikit garam dan tepung jagung - then goreng dan toskan.

Bahan B
100 gm kacang gajus - goreng dan toskan minyak
30 gm lada kering - pilih yg lebar2 (if ada yg kurus pun takpe) dan potong dlm 1 - 1.5 inchi panjang
2 biji bawang besar (kuning) - potong dadu besar2
4 ulas bawang putih - ditumbuk / blend halus
2 inci halia - ditumbuk / blend halus
1 biji lada bangala hijau (capsicum) - potong lebar2 sediikit
3 sdm sos tiram
2 sdm cili sos
1/4 cwn air
minyak
garam - kalau perlu

Cara-caranya
Panaskan sedikit minyak dlm kuali. Goreng lada kering hingga garing dan ketepikan. Tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan bawang besar. Masukkan lada bangala, isi ayam dan sos tiram dan cili sos dan sedikit air. Biakan kering masukkan kacang gajus, kacau dan matikan api. Sedia untuk dihidang.


6 ) AYAM KICAP MASAK STYLE CINA ( Kak Siti belajar dengan Mak Long :) )

Bahan-bahanya :
ayam - potong ikut suka
halia - kisar (ikut suka berapa banyak )
serbuk lada putih (ikut suka berapa pedas )
kicap manis
garam jika perlu

Caranya :
Masukkan ayam dalam kuali atau periuk, kemudian masukkan halia serbuk lada putih and kicap. Gaul rata ,biarkan perap sebentar. Kemudian nyalakan api sederhana besar masak hingga ayamnya dah masa.Jika perlu letak garam. Lauknya kering tetapi jika ingin berkuah boleh tambah air.

Monday, July 13, 2009

Puding Roti Kayu Manis


Salam..setelah sekian lama tak update blog..maalish ye..mungkin masa tue masih jet lag..tapi Alhamdulillah saya dah mula kembali..resepi kali nie Puding Roti Kayu Manis.

Bahan-bahan yang diperlukan :
600 ml susu segar
300 ml whipped krim
100 gm mentega tanpa garam
6 ml esen vanila
120 gm gula
5 biji telur


sedikit serbuk Cinnamon (kayu manis)
6 keping roti yang dicelup dengan susu - dipotong empat
(Boleh digunakan campuran susu manis dan air suam )

Caranya :
1.Pukul gula dan telur . Diketepikan .
2.Panaskan atas api , susu , krim , mentega serta esen vanilla . Apabila mendidih tutup api .
3.Masukkan campuran telur dan gula dalam campuran susu tersebut dan dikacau .
4.Susun roti yang yang telah dicelup dengan susu ke dalam loyang kemudian tuang campuran susu ke atasnya .
5.Akhir sekali taburkan serbuk kayu manis ke atasnya.
6. Loyang tadi diletakkan ke dalam bekas yang lebih besar dan diisi dengan air untuk teknik "Double Boil " .


Nota :
Apabila sudah hampir selesai oven dipanaskan dengan kepanasan 140 degree celsius dan seterusnya dibakar selama lebih kurang 60 minit.
Roti tadi jangan dicelup dengan lama , ketika hendak disusun di dalam loyang baru dicelupkan sebentar , untuk mengelakkan puding berair.
Selamat mencuba .