Saturday, April 24, 2010

Nak kuih bakar..




Saya mengidam nak kuih bakar..
saya suka kuih bakar..
yang perasa pandan..
yang banyak kerak..hehe..
mungkin saya rindu nak kuih Melayu..
tapi alhamdulillah saya dah dapat resepi kuih bakar versi perantau..dari kak shazira..
tidak menggunakan santan ..hehe..
Syukran jazilan kak..
saya nak suruh adik saya bawakan acuan tembaga dari Singapura tapi berat pula..kak Zira kata pakai periuk tefal aje..nanti insyaAllah lepas exam saya nak buat..:)

Thursday, April 15, 2010

The Quest for the Batik Cake Recipe ?

Resepi Kek batik atau biskut batik ?

Dah lama saya mencari resepi kek batik..sewaktu saya belajar di Maahad tahfiz di beberapa kawasan di Malaysia , seringkali saya diberi makan kek batik..kek batik dan biskut batik adalah dua resepi yang berbeza.Walaupun kek batik juga menggunakan bahan-bahan asas dalam pembuatan biskut batik seperti milo , mentega , biskut marie tetapi yang membezakannya dalah penggunaan telur..kemudian kek batik lembut (Dah namanya kek kan..)
Saya sering mencuba resepi kek batik di internet tetapi kebanyakkan tidak menjadi ..mungkin kerana saya tidak mengikuti arahan dengan betul.

P.s: Saya rindu nak makan kek batik..:(..sepertimana rindu pada teman-teman tahfiz saya..

Jadi saya 'merayu' siapa yang mengetahui tentang resepi kek batik..sudilah berkongsi dengan saya..

Saya boleh dihubungi melalui emel saya :
sitiainulmardhiah@yahoo.com.sg
sitiainulmardhiah@hotmail.com

Syukran.

Maaf saya ucapkan

Bismillah..hampir beberapa bulan saya tidak dapat mengemaskinikan blog resepi..semenjak pulang ke Kairo pada bulan November yang lalu.Mungkin kerana keterbatasan waktu , dan kerana komputer saya "crash"..kemudian saya ingin mempersiapkan diri untuk imtihan fasl satu yang telah tempuhi..saya masukkan entri ini kerana ingin memohon maaf kerana sekali lagi saya akan menempuhi imtihan fasl dua pada awal bulan Mei..doakan saya ..peperiksaan ini yang akan menetukan kenaikkan saya pada tahun yang ketiga , di mana saya insyaAllah akan menentukan takhsus yang saya akan memilih.

Terima kasih bagi mereka yang masih membaca terus blog saya..koleksi resepi dalam blog ini kebanyakkan telah diperolehi dari kakak saudara yang dicuba sepanjang pengalaman beliau di rantauan..insyaAllah semuanya menjadi.