Monday, September 19, 2011

kuih kaswi menjadi :)

Lepas Ramadan
rajin pula nak ke dapur .
Jom buat kuih kaswi kegemaran saya .

Resepi saya ambil dari daylilies .
Terima kasih kepada empunya resepi .

Alhamdulillah menjadi cuma manis sikit .

Resepi seperti berikut ;

1 1/2 cawan air gula melaka
1 cawan gula
2 helai daun pandan
2 cawan air
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung jagung
1 sudu makan air kapur
4 cawan air

kelapa parut
garam
daun pandan disiat

Cara :
Didihkan gula melaka dengan 2 cawan air dan helaian daun pandan . Kemudian letakkan gula , biarkan adunan sejuk sebelum diletakkan keseluruh bahan-bahan yang lain. Tapis agar adunan nampak cantik dan sekata .Tuang dalam bekas yang telah lenser dengan minyak .
Hidang dengan kelapa parut yang telah dikukus dengan garam dan daun pandan .

Biarkan adunan sejuk sebelum dipotong .
Adunan akan melekit selepas baru dimasak .
Untuk mengetahui kuih telah dipanas boleh ditekan dengan lidi .Jika batang lidi bersih , kuih telah masak .
Selamat mencuba :)




Penantian Telah Berakhir




Alhamdulillah hari ini mood saya happy,almaklum puasa jadi rajin ke dapur..saya gembira kerana kek batik saya menjadi ..Alhamdulillah.Tak lembik atau keras , dan walaupun saya biarkan di luar peti sejuk texture kek tersebut tidak berubah..kiranya pencarian saya sudah berakhir,Boleh baca entri saya tentang kek batik .

Resepi saya ambil dari blog Kak Am cuma saya gantikan dengan biskut marie serta saya lakukan sedikit perubahan .
Terima kasih kak Am :)

Resepi adalah seperi berikut ;

Bahan :
125gm butter
2 cawan tepung gandum
2 biji telur
½ cawan gula
½ cawan milo
¼ serbuk koko
½ cawan susu pekat
Biskut marie secukupnya

Caranya :
Pukul telur, butter, gula & susu pekat hingga sebati . Kemudian masukkan milo , serbuk koko serta tepung sedikit demi sedikit .Gaul hingga sebati .
Kemudian letak atas api yang perlahan sehingga bertukar warna .
Adunan hendaklah dikacau selalu.
Tutup api , pecahkan biskut menjadi empat bahagian dan gaul dalam adunan .
Jangan dibiar lama atas api kerana adunan akan menjadi keras .
Sediakan bekas ( saya alas dengan kertas timah agar mudah mengeluarkannya nanti ) masukkan adunan dan mampatkan adunan .Biar sebentar diluar agar adunan tidak panas sebelum dimasukkan ke dalam peti ais .
Setelah sejuk selama 2 jam , kek boleh dipotong .

Boleh juga kek dihias dengan chocolate topping atau chocolate rice . Terpulang kepada kreativiti masing.
Selamat Mencuba .

Tuesday, September 13, 2011

Dulce de leche ~

Saya nak try buat benda ini Dulce de leche..kalau tak silap dulu cadbury ada mengeluarkan gula-gula berperisa ini dan saya pasti waktu saya kecil amat menyukai , but as the time past ,i realised i don't have much sweet tooth anymore..but then the remincises of the past makes me happy.

Mesti ada yang tertanya Dulce de leche ?
Ia adalah susu manis yang telah melalui proses pemanasan sehingga berubah menjadi karamel . Jadi rasanya sudah tentu manis .
Ada berbagai cara untuk membuatnya yang boleh diperolehi di internet , but i think i'll stick to the steam bath in the oven..the idea of putting a can of condensed milk on the stove ..its a bit no-no for me..ada yang kata kalau tak jaga betul-betul boleh meletup !!!
i 'll follow this method if i the future i intend to make it..senang pakai oven je.

It's been two months..~

Alhamdulillah hampir 2 bulan saya di Singapura..yeah i 've been on a baking spree at here..wee ~
terima kasih kepada ibu yang tak jemu membantu saya menguruskan dapur dan adik-beradik serta famili yang jadi pengkritik terhebat masakan saya..nak buat segala dendam serta ketagihan nak buat kuih di Singapura , nanti balik in Mesir saya harus menghadap kembali buku-buku kesayangan saya..Alhamdulillah i 'm in the fourth year and it's my final year..doakan saya =)

Jom lihat apa yang pernah saya buat disepanjang percutian ini :
kek lapis betawi
kek chiffon pandan berlapis
kuih tat
biskut milo
biskut keju
kek coklat moist
custard tart..
banyak lagi tak sempat catat..

dan saya berkesempatan untuk berekperimentasi dengan buttercream.