Monday, September 19, 2011

Penantian Telah Berakhir




Alhamdulillah hari ini mood saya happy,almaklum puasa jadi rajin ke dapur..saya gembira kerana kek batik saya menjadi ..Alhamdulillah.Tak lembik atau keras , dan walaupun saya biarkan di luar peti sejuk texture kek tersebut tidak berubah..kiranya pencarian saya sudah berakhir,Boleh baca entri saya tentang kek batik .

Resepi saya ambil dari blog Kak Am cuma saya gantikan dengan biskut marie serta saya lakukan sedikit perubahan .
Terima kasih kak Am :)

Resepi adalah seperi berikut ;

Bahan :
125gm butter
2 cawan tepung gandum
2 biji telur
½ cawan gula
½ cawan milo
¼ serbuk koko
½ cawan susu pekat
Biskut marie secukupnya

Caranya :
Pukul telur, butter, gula & susu pekat hingga sebati . Kemudian masukkan milo , serbuk koko serta tepung sedikit demi sedikit .Gaul hingga sebati .
Kemudian letak atas api yang perlahan sehingga bertukar warna .
Adunan hendaklah dikacau selalu.
Tutup api , pecahkan biskut menjadi empat bahagian dan gaul dalam adunan .
Jangan dibiar lama atas api kerana adunan akan menjadi keras .
Sediakan bekas ( saya alas dengan kertas timah agar mudah mengeluarkannya nanti ) masukkan adunan dan mampatkan adunan .Biar sebentar diluar agar adunan tidak panas sebelum dimasukkan ke dalam peti ais .
Setelah sejuk selama 2 jam , kek boleh dipotong .

Boleh juga kek dihias dengan chocolate topping atau chocolate rice . Terpulang kepada kreativiti masing.
Selamat Mencuba .

No comments:

Post a Comment