Monday, September 19, 2011

kuih kaswi menjadi :)

Lepas Ramadan
rajin pula nak ke dapur .
Jom buat kuih kaswi kegemaran saya .

Resepi saya ambil dari daylilies .
Terima kasih kepada empunya resepi .

Alhamdulillah menjadi cuma manis sikit .

Resepi seperti berikut ;

1 1/2 cawan air gula melaka
1 cawan gula
2 helai daun pandan
2 cawan air
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung jagung
1 sudu makan air kapur
4 cawan air

kelapa parut
garam
daun pandan disiat

Cara :
Didihkan gula melaka dengan 2 cawan air dan helaian daun pandan . Kemudian letakkan gula , biarkan adunan sejuk sebelum diletakkan keseluruh bahan-bahan yang lain. Tapis agar adunan nampak cantik dan sekata .Tuang dalam bekas yang telah lenser dengan minyak .
Hidang dengan kelapa parut yang telah dikukus dengan garam dan daun pandan .

Biarkan adunan sejuk sebelum dipotong .
Adunan akan melekit selepas baru dimasak .
Untuk mengetahui kuih telah dipanas boleh ditekan dengan lidi .Jika batang lidi bersih , kuih telah masak .
Selamat mencuba :)




No comments:

Post a Comment