Sunday, July 26, 2009

Resepi Ringkas Dan Lazat

Siri 1 : MASAKAN AYAM

Resepi hasil sumbangan Kakak Sedara saya ; Siti Khadijah Binti Ismail .
Terima kasih , kak Siti *winks*.

1) AYAM MASAK PAPRIK

Bahan-bahannya
½ ekor ayam, dipotong kecil ( Boleh ditukar kepada daging atau makanan laut )
2 ulas bawang putih dicincang halus
1 biji bawang besar dihiris
2 batang serai dititik
2 biji buah tomato dipotong empat
5 biji cili padi ditumbuk atau dikisar ( Kalau ingin lebih pedas boleh tambah lebih )
2 biji limau kasturi diambil jusnya limau nipis atau buah lemon
5 helai daun limau purut disiat-siat
7 sudu makan sos cili
6 sudu makan sos tomato
4 sudu makan sos tiram (Oyster sauce)
3 sudu makan kicap manis

bunga kobis
kacang buncis/panjang
karot
jagung muda
minyak secukupnya
air secukupnya
garam secukup rasa
gula secukup rasa

Cara-caranya
1. Panaskan minyak dalam kuali tumis bawang besar, bawang putih dan cili padi yang telah ditumbuk, kacau sekejap kemudian masukkan ayam.
2. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis. Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air .
3. Masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran. Bila mendidih , masukkan buah tomato.
5. Semasa menghidang, perahkan jus limau kasturi. Nikmatilah kelazatannya .


2) AYAM GORENG

Bahan-bahannya
1 kilo kepak ayam dibersihkan dan ditoskan
2 sudu makan pes halia
2 sudu makan pes bawang putih
2 sudu makan serbuk ketumbar
1/2 sudu makan serbuk jintan halus
kunyit serbuk secukupnya
garam secukup rasa
Tepung beras secukupnya

Cara-caranya
1. Gaul kesemua bahan-bahan diatas kecuali tepung beras dan perap ayam selama 15 minit – 30 minit .
2. Kemudian salut ayam dengan tepung beras dan goreng menggunakan minyak yang panas sehingga ayam kekuningan dan garing. Angkat dan hidangkan sewaktu ia panas.



3) AYAM LEMAK BEREMPAH

Bahan-bahannya:
500 gm ayam - size potong ikut suka
1 sudu serbuk lada hitam
600 ml santan
Minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan kisar:
10 biji cili padi
2 tangkai serai
2 biji lada merah
1 biji lada hijau
1 biji bawang besar
1.5 cm halia
Sedikit gula merah atau gula biasa

Cara-caranya:
1. Goreng ayam separuh masak dan angkat.
2. Dengan 3 sudu besar minyak, tumis bahan-bahan yang telah dikisar bersama lada hitam sehingga naik bau.
3. Masukkan santan dan sedikit garam. Kacau hingga sebati.
4. Kemudian masukkan ayam dan biarkan ia mendidih , kemudian renihkan atas api perlahan hingga ayam masak.
5. Tunggu sehingga pekat sedikit , tetapi kalau ingin cair, cukup sekadar kuahnya mendidih dan kemudian bolehlah dipadamkan apinya .

4) AYAM MASAK MERAH

Bahan-bahannya
2 ekor ayam, dibersihkan potong ikut suka -
4 sudu makan tomato puri ataupun ¾ cawan sos tomato
air secukupnya
secukupnya bawang goreng
garam secukup rasa
gula secukup rasa
minyak

Bahan untuk dikisar
30 tangkai lada kering, direndam dengan air panas
4 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara-caranya
1. Panaskan minyak dalam kuali. Ayam digaul dengan serbuk kunyit dan garam. Kemudian digoreng ayamnya setengah masak. Angkat dan ketepikan.
2. Minyak yang digunakan untuk goreng ayam boleh gunakan untuk menumis, jika tak suka gunakan minyak baru pun boleh. Tumis rempah yang telah dikisar. Tumis sehingga baunya bangkit dan rempahnya masak betul. Masukkan juga tomato puri/ sos tomato.
3. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa dan juga sedikit air dalam 2 cawan gitu dan simmer rempahnya. Bila rempah dah mula nak mendidih. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan biar ia simmer dalam 10 minit agar rempahnya menyerap kedalam ayam. Rasakan kuahnya harus ada rasa pedas, masam, manis dan masin. Jika ada perasa yang kurang ditambah dan gaul rata .
4. Taburkan secukup bawang goreng. Gaul rata dan sedia untuk dihidangkan. Boleh taburkan dengan kacang peas/ badam goreng/ gajus goreng bila dihidangkan.

5)KUNG PAO CHICKEN

Bahan A
600 gm isi ayam - potong dadu
tepung jagung
garam

Isi ayam disalutkan sedikit garam dan tepung jagung - then goreng dan toskan.

Bahan B
100 gm kacang gajus - goreng dan toskan minyak
30 gm lada kering - pilih yg lebar2 (if ada yg kurus pun takpe) dan potong dlm 1 - 1.5 inchi panjang
2 biji bawang besar (kuning) - potong dadu besar2
4 ulas bawang putih - ditumbuk / blend halus
2 inci halia - ditumbuk / blend halus
1 biji lada bangala hijau (capsicum) - potong lebar2 sediikit
3 sdm sos tiram
2 sdm cili sos
1/4 cwn air
minyak
garam - kalau perlu

Cara-caranya
Panaskan sedikit minyak dlm kuali. Goreng lada kering hingga garing dan ketepikan. Tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan bawang besar. Masukkan lada bangala, isi ayam dan sos tiram dan cili sos dan sedikit air. Biakan kering masukkan kacang gajus, kacau dan matikan api. Sedia untuk dihidang.


6 ) AYAM KICAP MASAK STYLE CINA ( Kak Siti belajar dengan Mak Long :) )

Bahan-bahanya :
ayam - potong ikut suka
halia - kisar (ikut suka berapa banyak )
serbuk lada putih (ikut suka berapa pedas )
kicap manis
garam jika perlu

Caranya :
Masukkan ayam dalam kuali atau periuk, kemudian masukkan halia serbuk lada putih and kicap. Gaul rata ,biarkan perap sebentar. Kemudian nyalakan api sederhana besar masak hingga ayamnya dah masa.Jika perlu letak garam. Lauknya kering tetapi jika ingin berkuah boleh tambah air.

No comments:

Post a Comment